///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: Penjelasan Doktor yang...

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Wednesday, February 23, 2011

Penjelasan Doktor yang...

     Dalam kereta on the way the hospital, aku tak banyak cakap. Kami sama-sama diam tapi aku tak menangis. Sebenarnya mengumpul kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Dan tak lupa juga berdoa kepadaNya.
    Sampai di NICU, aku nampak dia masih dalam inkubator terbaring seperti sebelumnya. Wayar berselirat kiri kanan. Kebetulan doktor pun ada di situ jadi ini informasi dan penjelasan lanjut dari doktor. The best part is we managed to get explanation from a specialist itself  rather than just a doctor... :) Bukan senang nak catch mamat tu sebab tak ramai specialist pead kat sini. Memang dah rezeki kami agaknya..
  • Baby ada infection dalam darah dan memang dia telah di infuse kan dengan darah baru 3 hari lepas. Setakat ini baby memberi respond yang baik. Walaubagaimana pun further inspection perlu di lakukan pada spinal fluid untuk memastikan sama ada ia terkena jangkitan atau tidak. Jika ada jangkitan, maka rawatan akan di panjangkan lagi. 
  • Prosedur yang di lakukan tidak melibatkan major operation, tapi lebih kepada minor prosedur dengan sedikit incision (membuat sedikit bukaan) untuk menyuntik tulang belakang untuk mendapatkan sample fluid. Menurut doktor ia sama seperti proses mengambil darah tapi aku tak dapat nak menggambarkan bagaimana tulang belakang di suntik. Mesti sakit kan ..
  • Namun sample tidak dapat di kumpul hari ni kerana ia telah bercampur dengan darah. Bimbang keputusan nanti tidak tepat. Maka doktor akan lakukan nya sekali lagi esok hari. Harap-harap kali ni boleh. Kesian tengok dia kena cucuk lagi .. tapi mama tahu baby kuat kan :) 
     Overall, prosedur ini sebenarnya boleh di lakukan terus tanpa memberitahu parents tapi menurut doktor lagi, dia juga faham yang kadang-kadang isu berkaitan air tulang belakang ini merupakan isu sensitif bagi kaum Melayu. Jadi tujuan dia telefon adalah sebagai courtesy dari pihak hospital  untuk memberitahu parents. Thanks a lot doktor for informing us. It's not because her condition became worse !. Alhamdulillah lega sangat aku dengar. It such a big relieved to us. Because I thought it's a serious stage as a matter of fact the hospital called us 3 times !
     Currently baby is still equipped with respirator that is connected directly to her lung to support her breathing. But now she looks improving and the doctor plan to remove the machine. However it's still under monitoring and they will only proceed once her conditions is really permitted. She also respond very well the blood given earlier. And today she looks more active. Her heart rate also more stabil. Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah... itu saja yang mampu aku kata.. penjelasan doktor tadi benar-benar buat aku lega..
   Ok sambung sikit pasal infection tadi. Nama micro organism yang jahat tu ialah Pseudomonas. Kalau pada adult biasanya ia ada dalam hidung kita dan biasanya tidak memberi kesan sangat. Tetapi pada infant especially premature baby, it's consider a disaster but anyhow it still can be treated. That is why they want to do thorough checking on the baby.
    Ada part yang aku nak komen sikit pasal doktor tadi heheh. Masa dia nak explain, nampak dia struggle untuk bagi kitorang faham.. mungkin sebab kitorang pakai selekeh kot heheh.. Ni entah mana kampung punya mari karang takut tak faham pulak ape aku cakap (dlm hati dia la kot) .. memula dia cakap micro organisma lepas tu dia tukar ayat cakap it's a kuman ( dlm hati aku .. yes doktor saya tau it's a kuman sebab saya juga belajar bio di sekolah dan Asasi dulu :p ) . Tapi aku respect la pada doktor ni sebab dia memang bagus. Jawab segala macam benda yang aku tanya dengan cool sampai siap tulis nama micro organisma a.k.a kuman bagi kat aku. Dan berusaha untuk convey message yang tepat. Dia memang ada tokoh untuk menjadi doktor yang hebat. Wa caya sama lu la doc !
Setinggi-tinggi terima kasih juga pada sedara mara , sahabat-sahabat lama, kawan-kawan FB, kawan-kawan yang kenal di alam maya ni kerana mendoakan baby miracle ni. Dengan berkat doa anda semua.. dia akan terus tabah dan bertahan.. Amin

4 comments:

  1. semoga semuanya selamat.
    semoga baby sihat.
    semoga tiada apa2 yang tidak diingini berlaku amin
    saya akan doakan awak

    ReplyDelete
  2. Ibu fatin :
    terima kasih untuk doa dan sokongan.. saya sangat2 menghargainya.. salam perkenalan .. moga dapat terus bersahabat :)

    ReplyDelete
  3. Aku doakan semuanya selamat, InsyaAllah..

    ReplyDelete