Salam dan selamat di pagi hari yang berkat.
Hari ni nak kongsi tentang solat sunat hadiah. Solat ini di lakukan dengan harapan dan niat supaya pahala solat ini akan sampai kepada si mati. Di bawah ini adalah tatacaranya :-
Solat Sunat Hadiah
Dilakukan sebanyak dua rakaat setelah jenazah dikuburkan pada siangnya, maka pada malamnya sesudah solat Maghrib atau Isyak dilakukan solat sunat hadiah bagi si mati
Niatnya:
"Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala"
Surah-surah:
Rakaat pertama:
Al-fatihah (1x) dan Ayat Kursi (1x) AL-ha kumuttasur (1x) Surah Al-Ikhlas (10x)
Rakaat kedua:
Al-fatihah (1x) Ayat Kursi (1x) Al-ha kumttakasur (1x) dan Surah Al-Ikhlas (10x)
Doa selepas solat sunat hadiah:
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendirikan solat sunat ini dan Engkau mengetahui apa yang aku inginkan. Ya Allah, hantarkanlah pahalanya kepada kubur si fulan bin / binti si fulan (nama si mati) dengan kelebihan dan kemuliaanMu, wahai yang paling Pengasih"
Sumber : HIMPUNAN 100 SOLAT-SOLAT SUNAT, QIAMULAIL, DOA-DOA, MUNAJAT DAN ISTIGHFAR...
Penulis : AL-FADHIL AL USTAZ HAJI AHMAD BIN HAJI IBRAHIM.
Terbitan : Al-Hidayah
Moga-moga ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin
p/s: Jangan lupa hadiahkan pada orang yang tersayang walaupun setelah mereka 'pergi'
solat sunat hadiah
ReplyDelete