Pukul 1 tgh hari, waktu melawat mak dengan kakak aku datang. Masa ni aku dah rasa ok sikit tapi hati asyik teringatkan anak dia minum susu apa dari pagi ? ish tak boleh jadi.. lepas dorang balik aku gagahkan diri untuk mula pam. Di sebabkan hari hari terawal berkemungkinan susu tak berapa keluar sangat jadi aku sudah bersedia dari segi mental dan emosi. Itu adalah proses biasa dan aku yakin makin lama aku pam makin banyak susu yang keluar. Aku tak akan patah semangat. Rasa bersalah tak dapat menyusui anak pertama sepenuhnya 4 tahun yang lepas masih bersarang. Dan aku tak mahu mengulanginya lagi. Tidak akan !
Hospital Selayang ni menggunakan pam medela. Single pump. Tapi yang aku pelik sangat tu, takde pun orang yang pegi pam. Aku sorang je. Macam mana aku tinggalkan bilik tu macam tu la jugak waktu aku datang nanti. Haishh takkan semua kat wad ni lahir anak term kot. Eh sibuk pulak fikir hal orang aku ni hihiih. Tapi elok la jugak. Tak ade lah aku nak berebut pam. Ngeeee.. :D
Macam aku cakap tadi, awal-awal ni memang pengeluaran susu agak kurang. Jadi selain kena bersedia secara emosi kita juga kena stimulate kan payudara untuk menggalakkan pengeluaran. Di sebabkan bayi tak dapat memberikan stimulasi, jadi kita sendri kena buat.
Dibawah ni aku rekod kan waktu aku pam, remarks dan kuantiti susu yang keluar. Tujuan aku buat ni adalah untuk tengok progress susu. Sesi pertama sampai sesi ke-4 mengambil masa yang lama untuk dapat result. Hampir-hampir sejam setengah. Berjanggut jugak nak tunggu tapi demi anak, aku teruskan juga. Janggut pun janggut la...hensem sket.
Dan Alhamdulilah walaupun susu kurang pada awalnya tapi kuantiti semakin meningkat. Jadi ibu-ibu kita kena stay positif ok !
Disebabkan aku dah discharge pada hari kedua, 15 Februari 2011. Maka pada 16 dan seterusnya bermulalah episod hidup aku menghantar bekalan susu ke hospital. Bekalan berharga untuk anak miracle yang istimewa ..
Date & Time Kuantiti Remarks
14 Februari 2011
- 2.00 - 3.30 pm few ml very thick colostrom. expressed by breastpump- 7.00 - 8.30 pm few drops yellowish thick colostrom
- 10.30-12.00 pm 1/5 oz moderate thick colostrom
15 Februari 2011
- 4.30 - 6.00 am 1/4 oz liquid yellowish breastmilk- 10.00-11.00 am 1/4 oz liquid yellowish breastmilk. start with manual expression onwards
- 2.00 - 3.00 pm 1/3 oz liquid yellowish breastmilk
- 5.00 -5.30 pm 1/2 oz turn to white liquid breastmilk.faster result with manual expression
- 11.30 -12 pm 1 oz (Alhamdulillah!) whitish liquid breastmilk
16 Februari 2011 (start sending EBM to hospital)
- 8.00 - 8.30 am 1.5 oz liquid ebm- 10.15- 0.45 pm 3/4 oz liquid ebm
- 12.30 -1.30 pm 3/4 oz liquid ebm
- 6.00 -6.30 pm 1 oz liquid ebm
- 10.30-10.45 pm 4/5 oz liquid ebm
17 Februari 2011
- 5.00 -5.30 am 2 oz (Alhamdulilah!) liquid ebm- 8.00 - 8.20 am 1 oz (very good) liquid ebm
- 11.30-12.00 noon 1 oz (maintain) liquid ebm
- 3.00 - 3.30 pm 1 oz liquid ebm
-6.00 - 6.20 pm 1 oz liquid ebm
- 10.00-10.15 pm 1.2 0z (progressing!) liquid ebm
18 Februari 2011
- 1.00 -1.15 am 1.1 oz liquid ebm. only 15 minutes to collect ebm with manual expression- 8.00 - 8.15 am 2 oz liquid ebm
- 11.00-11.15am 1 oz liquid ebm
- 2.30 - 2.45 pm 1 oz liquid ebm
- 6.15 -6.30 pm 1.5 oz liquid ebm
- 9.30 -9.40 pm 1 oz liquid ebm in 10 minutes
19 Februari 2011
- 3.00 -3.15 am 1.5 oz liquid ebm- 7.00 7.10 am 1 oz liquid ebm
- 11.00- 11.20am 1.5 oz liquid ebm
- 10.00 - 10.15 pm 3.5 oz (need to discard due to long hours in room temperature :( )
20 Februari 2011
- 5.00 -5.15 am 2.5 oz liquid ebm- 9.00 - 9.30 am 1.5 oz liquid ebm
- 2.00 - 2.30 pm 2 oz liquid ebm
- 6.00 -6.00 pm 2.5 oz liquid ebm
- 9.00 - 9.30 pm 1 oz liquid ebm
21 Februari 2011
- 2.30 -3.00 am 2.5 oz liquid ebm- 8.00 -8.30 am 2 oz liquid ebm
- 12.00 -12.30 noon 1.5 oz liquid ebm
- 3.30 -4.00 pm 1 oz liquid ebm
- 6.30 -7.00 pm 1.5 oz liquid ebm
- 11.00-11.15 pm 1 oz liquid ebm
Teruskan usaha soleha! Semoga si kecil membesar dengan sihat berkat dari susu ibu ini, mudah-mudahan!
ReplyDeleteterima kasih kak yatie.. lepas ni dengan ada lagi tunjuk ajar dari pakar2 seperti kak yatie pasti akan lebih berjaya..
ReplyDeletesaya cadangkan isi dalam bekas dadih utk ebm 1-2 oz. senang nurse nak handle dan panaskan masa di hosp. masa saya di nicu dulu, saya bawa bekas2 dadih kecik tu je. oh ya dulu kat hosp pun ada bekas plastik susu kecil tu utk max. 1.5 oz kot. Dia bg free je utk simpan susu.
ReplyDeleteTeruskan pump susu utk baby, insyaAllah gradually susu akan bertambah. gud luck dear.
tq mirah.. actually bekas dadih tu ada tapi tengok peti sejuk kat hospital tu dah penuh.. so tu yang guna plastik.. setakat ni nurse kata tak yah anta dah .. tunggu habis baru anta.. so skang stack up je kat umah.. thanks for the advice.. :)
ReplyDeleteorait. paed dulu pesan better yg fresh baru perah tu bawa ke nicu dan bg pd baby. it's better. compared to frozen ones. jadi, biasanya time nak pg tu saya bawa yg baru, yg lama bawa balik rumah. just sharing with u abt my experiences dulu. Dulu masa 2008 di hosp serdang, tak ramai ibu berjaya pump susu utk baby prem mereka, nurse semua puji sbb saya berjaya. saya ckp saya dah ada pengalamn mnyusu anak 1st dan ini mmg kehendak saya. Kita kena kuat utk anak..
ReplyDelete