///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: April 2011

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Tahap Kesihatan Bree

Assalamualaikum semua,
Ramai yang bertanya tentang Bree, terima kasih ya kerana anda semua ambil berat. Oklah jom kita update sikit.

Hari terakhir melawatnya adalah pada isnin lepas 25hb April. Suami yang pergi ke hospital membawa bekalan susu seperti biasa kerana saya ada urusan lain di luar. Terima kasih En. Suami.

Beratnya sudah naik ke 1.45kg ! Rasanya macam tak percaya pulak. Sebab masa lahir hanya 800gram.. Alhamdulilah. Feeding semakin baik. Cumanya imbasan dalam matanya mendapati ada sedikit 'bump' pada saluran darah ke matanya. Doktor ada memberitahu ini mungkin di sebabkan peningkatan fisiologi dalam badan Bree yang mungkin agak cepat yang menyebabkan ada tempat-tempat yang mengalami peningkatan sedikit luar biasa. Walau bagaimanapun doktor berjanji akan terus menjalankan pemantauan terhadap Bree. Kalau hal ini berterusan, worst come to worst pun Bree akan mendapat rabun jauh. Harap-harap nanti akan ada perubahan yang lebih baik untuk matanya. Sama-sama kita doakan ya.. ~

MBfPC ~ Malaysian Breasfeeding Peer Counselor

Salam penuh keberkatan di pagi Rabu ini,
Cerita tentang MBfPC ni dah hampir 3 minggu lepas tapi tak apalah, nak update juga.

Setelah permohonan berjaya untuk menyertai kursus ini, maka kami beramai-ramai telah berangkat ke Rumah Jannatul Ilmu Firdaus yang bertempat di Bangi. Kursus ini mengambil masa selama empat hari 9, 10, 16 dan 17. Berpusing-pusing juga mencari lokasinya kerana saya tak biasa dengan area ini, Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga. Di sana, memang dapat kenal ramai kenalan baru dari pelbagai latar belakang dan sudah tentunya pengasas susuibu.com turut bersama, Pn Kamariah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kam. Mudah mesra orangnya.

Banyak yang kami belajar di situ dan satu perkara yang paling saya tak lupa, kebaikan hati Kak Lina@Rashliana yang membenarkan saya menumpang tidur di rumahnya disebabkan jarak rumah saya memang jauh. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Hanya Allah saja yang boleh membalas kebaikan akak. Sempat juga bertemu dengan mirah@Nor Sumirah yang pernah komen di blog ini, tak sangka kan mirah .. :D .. Peramah dan manis orangnya .. :) dan ramai lagi kawan-kawan yang tak tersebut di sini.

Tujuan MBfPC ini diadakan adalah untuk melatih ibu-ibu yang berpengalaman menyusui bayi mereka untuk mempromosi dan memberi galakan serta sokongan kepada ibu-ibu lain di komuniti mereka. Jadi sekiranya terdapat kemusykilan, sudi-sudilah berkongsi dengan saya, kalau boleh saya tolong, saya akan bantu semampu boleh dan jika ada persoalan yang tak terjawab, akan saya ajukan kepada yang lebih arif.

Akhir sekali, saya amat berharap semoga ilmu ini dapat sama-sama kita manfaatkan untuk kebaikan generasi kita. Martabatkan sus ibu !

Thursday, April 21, 2011

Rania ~ 2 years now!

Salam to all,
Pejam celik, pejam celik, puteri kami yang kedua, Rania, telah pun mencecah usianya yang ke-2 tahun. Kami sambut ala kadar sahaja kerana kali ini agak sibuk menguruskan rutin seharian dan hal-hal yang berkaitan. Tambahan pula 2 hari sebelumnya, saya ada kursus di Bangi dan pulang tepat pada tarikh hari lahirnya. Jadi, kami sambut pada malam keesokkan hari nya.
Saya hanya buat kek coklat kesukaan anak-anak dan hiaskan dengan glitter dan lilin yang besar gedabak di sekeliling. Itu pun abangnya dah tak sabar-sabar nak tiup lilin. Adiknya terkuis-kuis nak makan love glitter atas kek tu. Biarlah sederhana asalkan anak-anak gembira. Hadiah pun tak ada tahun (alahai sedihnya Rania).. tapi kami janji akan bawa Rania dan abangnya bergembira di acara SaraKids ahad ini.
Doa kami semoga Rania membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan semoga apa yang di cita-citakan nya tercapai. Amin..

Selamat Ulang tahun Rania ~~~




p/s : papanya takde dalam gambar sebab jadik jurugambar .. heheh

Thursday, April 14, 2011

Bree sudah 2 bulan hari ini

Alhamdulillah,
Anak 'ajaib' kami hari ini sudah genap 2 bulan. Kalau diikutkan umur sebenar, dia masih lagi dalam kandungan berusia 8 bulan.
Perkembangan terbarunya :-
  • berat 1.28 kg
  • minum 17 ml / 2 jam sekali
Perkembangannya sangat memberangsangkan. Dia kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa memakai sebarang alat bantuan.  Pergerakannya juga semakin aktif. Mengikut kata jururawat bertugas, beratnya menaik dengan baik. Mungkin dalam sebulan lagi saya akan di panggil untuk tinggal bersamanya di hospital untuk di ajar teknik menyusu dan penjagaan bayi yang betul bila beratnya mencecah 1.6 kg sehinggalah 1.8kg (berat ideal untuk keluar dari hospital).

Harapanya semoga semuanya berjalan lancar. Amin

Bagaimana Mendisiplinkan Anak (Kerja Rumah)

Salam Pagi Khamis,
Hari ini saya nak berkongsi tips bagaimana mendisiplinkan anak melakukan kerja rumah. Bukan kerja rumah dari sekolah, tapi kerja-kerja rutin di rumah. Pada usia berapa ? Apakah kerja-kerja yang patut kita minta mereka lakukan ?

Mendisiplinkan anak ada pelbagai cara. Ada yang menggunakan rotan dan ada juga menggunakan cara lembut. Bagi saya, saya guna kedua-duanya mengikut keadaan tertentu dan bergantung pada usia. Sebenarnya kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah boleh kita latih melakukan kerja rutin harian.

Pada waktu begini, mereka sangat berminat dengan apa yang kita buat. Tentu anda ingat, bagaimana mereka beriya-iya nak menolong memotong bawang di dapur, mengelap lantai, menumbuk cili dengan lesung dan macam-macam lagi. Jadi kita ambil kesempatan ini melatih mereka membuat rutin yang sesuai dengan usia mereka. Mereka lebih mudah menerima apa yang kita ajarkan  kerana otak mereka adalah seperti span yang mampu menyerap apa sahaja pembelajaran yang ada di persekitaran.

Secara peribadi, antara kerja rumah yang biasa saya latih mereka lakukan adalah :-
  • mengelap lantai dengan kain/mop
  • membasuh kain (menggunakan mesin basuh, of course ! :D) 
  • meletakkan pakaian kotor mereka di dalam baldi
  • mengemas tempat tidur/bilik mereka
  • membasuh cawan sendiri. 
Untuk kerja-kerja yang lebih berat pastikan ada pemantauan dari orang dewasa untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Proses melatih sememangnya memakan masa dan anda akan selalu berhadapan dengan kerja yang  tidak sempurna. Tetapi ini adalah proses untuk mereka belajar. Bersabar dan teruskan usaha murni anda untuk mendidik anak-anak. Ini adalah masanya untuk kita menerapkan nilai-nilai disiplin dalam diri mereka. Biarkan mereka melaluinya secara semulajadi. Ingat, kita pun tidak pandai melakukannya suatu ketika dahulu. Bukan kah practise makes perfect ? Semoga Membantu.

Saturday, April 9, 2011

Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

Dalam kita menjalankan tugas seharian baik di rumah, di tempat kerja mahupun di mana-mana, kita sebenarnya tidak keseorangan. Ramai orang-orang di sekeliling kita yang secara kita sedar atau tidak telah banyak membantu kita melicinkan tugas-tugas atau menjadikan kehidupan kita lebih baik tanpa kita duga. Kadang-kadang kita terlepas pandang atau pun  buat-buat tak tahu.

Ucapan terima kasih bukan hanya di tujukan kepada teman-teman di tempat kerja saja, bos-bos atau pun orang-orang yang kita kenal malah lebih daripada itu. Ada tak kita ucap terima kasih pada :-
  • tukang sapu di pejabat kita kerana membuang sampah-sarap yang penuh dalam bakul sampah serta memastikan keadaan persekitaran kita bersih 
  • tukang cuci  yang tanpa jemu mengelap lantai atau meja untuk menjadikan kita lebih selesa di tandas mahupun di tempat awam
  • abang-abang posmen yang sentiasa amanah memastikan surat-surat penting kita sampai ke tangan kita tanpa mengira hujan atau panas (mereka ni naik motor aje tau). Ini termasuklah abang-abang penghantar bungkusan/surat dengan kurier
  • pemandu-pemandu bas atau kenderaan awam yang lain yang menghantar kita ke tempat kerja atau kemana-mana destinasi yang kita mahu pergi walaupun dah beratus kali mereka pergi ke tempat yang sama
  • abang-abang Alam Flora yang sentiasa tabah mengangkut sampah -sampah yang busuk dari  rumah kita tanpa merungut.
  • dan ramai lagi yang saya tak sempat nak sebut disini.
Ucaplah "terima kasih" pada mereka dengan senyuman kerana tanpa mereka hidup kita pun tidak sempurna. Janganlah memandang rendah kerana walaupun kita ini bos, tapi apalah gunanya bos tanpa pekerja-pekerja bawahan. Hargailah mereka ini kerana mereka memang layak untuk di hargai.

Akhir sekali jangan lupa ucap terima kasih pada Allah yang memberikan kita kasih sayang dan nikmat tanpa sempadan. Alhamdulillah

Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

Update terbaru Bree

Salam..
Apa kabar semua ? Harapnya dalam kondisi yang memberangsangkan ( mcm cakap indon pulak :D)

Dah lama tak update pasal Bree kan. Secara ringkasnya :-
  • berat dia dah bertambah ke 1.21 kg ( 2 hari lepas)
  • minum pun dah 18cc
Alhamdulillah, semoga dia  terus cepat naik dan boleh balik ke rumah kami. Bree juga sudah berpindah ke bilik lain. Bilik ini khas untuk bayi yang sudah stabil keadaan kesihatannya dan hanya tunggu berat untuk naik saja. Masa aku ke sana untuk melawatnya, melilau juga cari dia dalam bilik yang di tempatkannya dulu. Nasib baik la ada jururawat bertugas yang memberitahu bahawa bayi kami dipindahkan ke wad yang baru ( hadapan kaunter NICU) . Patutla nampak baby yang duduk kat tempat dia dulu putih rupa rupanya anak orang lain hahaha..