Salam petang Ahad,
Pejam celik pejam celik dah hari Ahadkan. Rasanya baru semalam melangkah masuk ke minggu baru. Cepat betul masa berlalu. Manusia biasa macam kita ni selalu lalai dan terleka buat perkara lain, tambah-tambah benda yang lagha kadang-kadang sampai dah nak habis waktu solat. Nak -nak pulak, hari Isnin sampai Khamis pukul 7mlm-8mlm, alah bila cerita Nora Elena ke udara tuh hehehe.. Ada yang terkena batang hidung tak ? ya Allah, ruginya.. kan dah berdosa tu.. Benarlah ayat Allah dengan maksudnya :-
""Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"
Tapi saya yakin, korang semua yang membaca ni tak macam tu kan. InsyaAllah semuanya tepati masa. Kalau kurang kita sama-sama tingkatkan ye. Ini pesanan untuk diri saya juga tau.. :)
Ada 2-3 perkara yang masih tertunda. Salah satunya nak update tentang keputusan ROP ke-3 Bree. Ya, saya ingat janji saya... :)
Di pendekkan cerita, mata Bree sebelah kiri sudah ok sepenuhnya. Maknanya tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Semua salur darah mata sudah sampai kebelakang dan matanya tiada bahagian yang gelap ( bahagian yang gelap menandakan ada masalah). Tetapi mata kanannya perkembangan agak perlahan. Masih ada ruangan gelap di hujung mata. Sebab tu doktor terpaksa buka atau bahasa kasarnya koyakkan kelopak mata Bree nak tengok sejauh mana salur darah tu sampai. Memang ada peningkatan tapi lambat sedikit.
Melalak-lalak budak kecik tu bila mata hampir-hampir nak di cungkil keluar, eh ye ke? hahah tak adalah. Gimik je tu.
Menurut doktor, waktu yang kritikal untuk risiko ROP adalah dari minggu ke 32 hingga 38. Bree sekarang sudah minggu ke 40, maknanya risiko sangat kurang, tapi bukan bermakna tiada. Ada kes yang di laporkan bayi terkena ROP ni pada minggu ke 42. Jadinya minggu depan kena pegi lagi untuk make sure Bree benar-benar melepasi tahap risiko 100%. Aduh, malasnya... huhuh takpe takpe demi kesihatan anak, kita pergi lagi ye minggu depan...
No comments:
Post a Comment