///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: June 2011

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Saturday, June 25, 2011

Sedekahlah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt.
4 tahun yang lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya (suami suka usik dengan panggil "kawan sebuaian" saya sebab dah berkawan dengan kawan ni sejak dalam buaian lagi .. :)  ), saya, suami dan seorang makcik duduk makan semeja. Sambil borak-borak kosong tu, dia ada bertanya tentang anak memandangkan, masa tu, saya pun baru saja hamil anak sulung 3 bulan kalau tak silap.

Makcik tu very nice and humble person. Sempat dia bercerita pada saya satu perkara yang sampai kini saya ingat. Semasa anaknya bersekolah dulu, ada seorang murid yang tahap kecerdasannya biasa-biasa sahaja, tidaklah begitu genius atau lemah sangat, tetapi apa yang menarik tentang anak ini ialah, dia begitu menghormati orang tua, mendengar cakap dan sangat sopan. Bak kata usop wilcha, "well behaved" hhehe (english edukesyen gitu ) . Semua guru suka dan sayang pada budak ni. Apabila guru kelasnya menanyakan kepada ibunya bagaimanakah didikan di rumah ? Ibunya menjawab bahawa semasa dalam kandungan lagi dan sehingga sekarang, setiap hari pasti ibunya akan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada anaknya.. MasyaAllah. Hebat kan ?

Lalu, makcik tu pun berpesan pada saya, nanti lepas solat amalkan bacaan Al-Fatihah dan sedekahkan pada orang-orang yang kita kasihi. Berikan pada yang sudah tiada mahupun yang masih hidup. Ini supaya roh mereka sentiasa tenang dan mendapat keberkatan hidup dari Allah. Caranya :-

1. Pertama sekali hendaklah menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada langit dan bumi dan di ikuti bacaan surah.
2. Seterusnya bolehlah sedekahkan kepada sesiapa saja yang kita mahu dengan niat

"Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya (sebut nama dan bin/binti)"

cth : "Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya bapaku Abu Hassan bin Ali" dan teruskan dengan bacaan.

3. Dan jangan lupa sedekahkan untuk diri sendiri juga .. :)

Harapnya perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahualam.

Owh kawan saya tadi tu dah pun ada anak 2, gegirl hehe.. comel-comel dan bijak belaka.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

Monday, June 20, 2011

Murahnyer harga !

 



Assalmualaikum Mommies,
Online Shop saya http://mybabysbucket.com/ sekarang sedang mengadakan sale untuk mommies sekalian. Harga telah dipotong serendah-rendahnya. Istimewa untuk followers dan kawan-kawan blogger semua, kos penghantaran adalah percuma untuk pembelian melebihi RM50. Nanti dalam remark tulis "blogger" ye. Memang murah giler lah! tak percaya? cuba click link dibawah.


  
p/s : Jangan lupa bagi sokongan pada saya yek. Terima Kasih :)

Monday, June 13, 2011

A token of Appreciation

Salam ceria pagi Isnin,
Minggu lepas, selepas ROP checkup Bree, kami singgah ke NICU. "Rumah" Bree hampir 3 bulan disana.

Sebagai tanda penghargaan kami kepada staf-staf NICU Selayang yang bertungkus lumus menjaga budak tecit tu siang malam, maka saya buatkan sedikit buah tangan untuk mereka. Homemade Chocolate bertulisan "TQ 2 STAFF NICU SLYG" dengan filling Almond. Huruf "T" untuk staff tu terlebih pewarna tu yang nampak merah sikit hheheh..

Harapnya dengan hadiah yang tak seberapa ini, dapat membuatkan segala penat lelah mereka di hargai. Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik mereka.


Moralnya : Orang berbudi kita berbahasa .. :)

Friday, June 10, 2011

Followers sudah kembali , yeay !

Alhamdulillah,
Rentetan daripada post pagi tadi, followers sekalian sudah pun kembali. Ingatkan menghilang diri kemana tadi :) .

Mungkin blogspot sedang mengemaskini apa-apa function yang menyebabkan pengikut-pengikut tadi ghaib sebentar. Ok la tu.. happy bila dapat melihat mereka muncul semula. Baru semangat sikit nak update entry..

Follower sudah hilang !

Terkejut pula pagi ni bila semua followers di tab sebelah sudah hilang. Apa sudah jadi.

Cuba google tengok kalau-kalau ada jawapan. Salah satu cadangan yang diberi, cuba clear kan cookies dan buat post baru..

Ok now nak cuba.. harap-harap dapat restored balik.. amin

Monday, June 6, 2011

Projek Hujung Minggu


Assalamualaikum semua,
Apa macam hari Isnin ni ? Ada yang kerja tapi ramai yang masih bercutikan sempena cuti ganti Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong.

Ha, hari sabtu, maka berjalanlah projek hujung minggu yang memang dah lama teringin nak buat. Dok usha usha gambar je sebelum ni, so hari sabtu tu saya teruskan niat membuat projek yang satu ini. Nak tau buat ape.. hehehe.. Cinnamon Roll.. yeah.. ok tak nak cakap banyak. Sila jamu mata dengan gambar-gambar kat bawah



sebelum di masukkan kedalam oven. susun atas dulang



dah siap dengan frosting cream cheese.

Buat sendiri puas hati. Rasa pun not bad (puji sendrik pulak hehe). Nasib suami suka, cuma anak-anak nampak pelik sikit benda ni sebab dorang tak pernah makan hahah.. Tak pe, mama buat roti yang lain pulak ye .. hehe

Resepi ni saya dapat daripada blog Kak NorMasri, otai bab masak memasak dalam forum cari. TQ kak Noor. Selamat mencuba. .. :)

Cinnamon Rolls

Bahan:

Doh

100 ml air
200 ml susu segar
55 g mentega
48 g tepung superfine
1 biji telur
10 g gula
3 g garam
550 g tepung high protein
7 g yis segera
1 sudu kecil esen vanilla

Inti

55 g mentega
125 g gula perang
9 g serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

Topping

112 g cream cheese - dibiar pada suhu bilik
55 g mentega
80 g gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan doh, uli sehingga licin.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda

Tumbuk dan canai menjadi segiempat berukuran 17x10 in. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang dan cinnamon. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi 16 ketul berukuran 1 in setiap satunya.

Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda atau selama 45 min. Sementara itu buat topping dgn mencampurkan semua nya dan kacau sebati.

Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan topping atasnya.Sedia utk dimakan.







































Sunday, June 5, 2011

Demi Masa dan Keputusan ujian ROP ke- 3

Salam petang Ahad,
Pejam celik pejam celik dah hari Ahadkan. Rasanya baru semalam melangkah masuk ke minggu baru. Cepat betul masa berlalu. Manusia biasa macam kita ni selalu lalai dan terleka buat perkara lain, tambah-tambah benda yang lagha kadang-kadang sampai dah nak habis waktu solat. Nak -nak pulak, hari Isnin sampai Khamis pukul 7mlm-8mlm, alah bila cerita Nora Elena ke udara tuh hehehe.. Ada yang terkena batang hidung tak ? ya Allah, ruginya.. kan dah berdosa tu.. Benarlah ayat Allah dengan maksudnya :-

""Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang
beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran"

Tapi saya yakin, korang semua yang membaca ni tak macam tu kan. InsyaAllah semuanya tepati masa. Kalau kurang kita sama-sama tingkatkan ye. Ini pesanan untuk diri saya juga tau.. :)

Ada 2-3 perkara yang masih tertunda. Salah satunya nak update tentang keputusan ROP ke-3 Bree. Ya, saya ingat janji saya... :)

Di pendekkan cerita, mata Bree sebelah kiri sudah ok sepenuhnya. Maknanya tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Semua salur darah mata sudah sampai kebelakang dan matanya tiada bahagian yang gelap ( bahagian yang gelap menandakan ada masalah). Tetapi mata kanannya perkembangan agak perlahan. Masih ada ruangan gelap di hujung mata. Sebab tu doktor terpaksa buka atau bahasa kasarnya koyakkan kelopak mata Bree nak tengok sejauh mana salur darah tu sampai. Memang ada peningkatan tapi lambat sedikit.
Melalak-lalak budak kecik tu bila mata hampir-hampir nak di cungkil keluar, eh ye ke? hahah tak adalah. Gimik je tu.

Menurut doktor, waktu yang kritikal untuk risiko ROP adalah dari minggu ke 32 hingga 38. Bree sekarang sudah minggu ke 40, maknanya risiko sangat kurang, tapi bukan bermakna tiada. Ada kes yang di laporkan bayi terkena ROP ni pada minggu ke 42. Jadinya minggu depan kena pegi lagi untuk make sure Bree benar-benar melepasi tahap risiko 100%. Aduh, malasnya... huhuh takpe takpe demi kesihatan anak, kita pergi lagi ye minggu depan...

Saturday, June 4, 2011

Baru saja bercerita tentang kematian, tiba-tiba..

Salam pagi Sabtu,
Sempat bangun solat Subuh tak tadi ? ke terlajak hehe.. Kalau tak sedar tak apa, bangun pukul berapa pun terus buat ye, jangan buat-buat tido bila dah dengar azan tu, no no no..

Baru je entry yang lepas saya cerita tentang apa yang kita akan buat bila kita tahu hari ini hari terakhir kitakan, tup tup, semalam saya mendapat perkhabaran sedih yang mana anak sahabat saya, bekas teman di office lama dulu, meninggal sebab demam. Ada virus pula dalam darahnya. Mengejut sangat sebab sakit tak lama. Mungkin dalam 2-3 hari saja. Aidan namanya, berumur lebih kurang 7 bulan.

Kawan saya ni, kitorang panggil Nolly je, orangnya ceria, putih dan kecil molek. Dulu-dulu saya suka dengar dia cakap kelate. Sajak benar dengan orangnya. Maklumla saya banyak juga kenalan dari Kelantan ni, dan suka dengar mereka dengan loghat kelate tu heheh..cumel.. Ok, fokus, fokus.. Saya pun tak kenal rapat dengan Nolly ni tapi kenal la sebab selalu terserempak kat surau dan lama-lama jadik mesra. Dia pun bertemu jodoh dengan rakan sepejabat juga. Sama cantik, sama padan.


Apa pun, mari lah kita ucapkan takziah dan doakan semoga Nolly dan suami serta kaum keluarga mereka, kuat semangat. Ini ujian Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih dan InsyaAllah nanti akan ada rezeki lagi. Buat arwah Aidan, si comel ini pasti menunggu mereka di pintu syurga dan jadi syafaat untuk kedua orang tuanya.

Bertabah ya Nolly n Izam..

Thursday, June 2, 2011

Jika Hari Ini Hari Terakhir ..

Salam Sejahtera kawan-kawan,
Semasa saya berjalan-jalan di blog penceramah terkenal Ustaz Zaharudin, saya ada terbaca satu post yang mempunyai video di dalamnya yang menunjukkan bagaimana, seorang hamba Allah yang meninggal selepas solat dan seorang pemain bolasepak yang tiba-tiba rebah dan meninggal juga. Saya pasti video pertama tadi banyak tersebar dan pernah di lihat oleh kawan-kawan.


Cuba bayangkan diri di timbus dalam tanah, keseorangan, kegelapan, tiada sesiapa di sekeliling. Lepas tu, ada cacing dan ulat2 tanah yang memakin daging kita.. Belum di tambah lagi dengan kedatangan malaikat mungkar, nakir yang akan datang bersoal jawab dengan kita. Mak aii.. takutnya..  Kalau lah hari ini hari terakhir saya, saya akan  :-
  • minta maaf pada ibu atas segala dosa yang telah saya buat sama ada sedar atau tidak. Malangnya abah dah tak ada ~ Ya Allah banyaknya dosa dgn mak, jap lagi nak telefon mak. .. huhuh
  • minta maaf pada suami kalau ada salah silap dan halalkan makan minum
  • bayar segala hutang piutang dengan manusia ~sepuluh sen pun kena bayar tau, kecuali dia halalkan
  • pulangkan barang-barang orang yang ada dengan saya atau terlupa dan tak sengaja tersimpan lama ~ eh ada ke cenggini  hehe
  • qada` puasa yang tinggal ~ satu hari je, mana sempat .. huhuh 
  • minta maaf pada semua orang kalau-kalau saya ada salah silap.. maklumlah saya pun manusia biasa yang banyak buat salah
  • perah susu banyak-banyak untuk bekalan anak ~ hadiah terakhir dan teristimewa untuk Bree
  • zikir dan baca Al-Quran, serta mohon keampunan padaNya, moga roh saya di tempatkan di kalangan orang beriman.
Persoalannya adakah kita dah bersedia untuk mati ? Kita tak tahu bila kita akan mati kan..  dah ready ? Oleh itu apa yang kita nak buat, baik kita buat sekarang, tak payah tunggu sakit baru nak buat itu ini. Saya juga tertarik dengan status sahabat saya di FB tidak lama dulu, Nik Ha, katanya lebih kurang begini :-

"Ya Allah, biarlah aku selesaikan hutangku denganMu dan hutang sesama manusia sebelum Engkau memanggilku"

Oleh itu setiap hari, kita buat yang terbaik, perbaiki sedikit demi sedikit.  Manalah tahu kalau tak sempat. Entah-entah sekejap lagi nak pegi mandi tergelincir bilik air, terus meninggal..  macam mana? Atau sambil-sambil breakfast tu tiba-tiba tercekik mee goreng, terus...  possible kan ?
Jom sama-sama kita muhasabah diri, get ready untuk mati ..

Kalau lah hari ini hari terakhir anda ? Apa yang anda akan buat eh, kongsi dengan saya ..

Wednesday, June 1, 2011

ROP yang ke-3

Ye betul, hari ini cek ROP yang ke-3 untuk Bree. Temujanji dengan doktor pukul 8 pagi. Nanti saya update ya.. nak bersiap-siap ke hospital ni.. doakan segalanya berjalan lancar. Amin..

Gambar Bree terbaru ~ Check it out !

Assalam semua,
Ramai yang minta uploadkan gambar Bree terbaru. Selepas dia berjaya "mengeluarkan" dirinya dari hospital tempohari belum ada lagi gambar yang di paparkan kat sini kan. Ok lah untuk memenuhi permintaan ramai terutamanya peminat-peminat Bree, maka di persembahkan gambar2nya yang terkini. Terkini sangat tu tidak la tapi gambar yang sempat di rakamkan pada hari terakhir Bree di hospital..

tengah tido dengan jayanya .. :)





Dah jaga dah.. excited nak balik rumah eh..