///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: Stok Susu dan Perkembangan Bree

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Sunday, March 27, 2011

Stok Susu dan Perkembangan Bree

Salam Keceriaan di pagi Ahad,
     Semalam suami ada ke hospital menghantar bekalan susu. Kali terakhir aku periksa stok susu (2 hari lepas) di hospital hanya tinggal 8 oz yang mingkin boleh tahan sehari aje. So untuk mengelakkan kekalutan di saat-saat akhir, aku minta suami tolong hantarkan. Sekarang, Bree sudah minum 15cc iaitu 0.5 oz. Banyak dah tu.. Maknanya dalam sehari dia perlukan 6 oz ( minum 2 jam sekali). Berat pun dah jadi 990 gram. Hampir 1 kg dah.. Memang dalam 2 minggu kebelakangan ni, pertambahan beratnya boleh di katakan naik dengan graf yang agak tinggi. Alhamdulillah dia sihat. Lain-lain perkembangannya, IVH masih ada di tahap II. Cyst pun masih kelihatan tapi doktor ada cakap yang kepalanya tiada abnormalities. Pembesaran kepala adalah normal. Sebab kalau ada 'keluarbiasaan' di bimbangi boleh menyebabkan hydrocephalus atau penyakit kepala besar yang kita pernah lihat sebelum ini. Ia disebabkan oleh air tulang belakang yang masuk ke urat saraf di kepala dan menjadikan kepala membesar.

     Aku pula kena la semakin kerap mengepam. Demand dah tinggi, tapi disebabkan tiada direct feeding, jadi agak perlahan juga peningkatan susu. Tapi pam tetap pam. Bimbang nanti stok tak cukup. Nasib la ada kakaknya, Rania yang masih juga menyusu on and off bila mana dia nak tidur. So ada juga stimulation. Harap-harap aku dapat bagi direct feeding tak lama lagi untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu.

Tido sambil bukak ekon heheh

Gambar terbaru di ambil pada 26 Mac 2011. 40 hari.

Stok susu di rumah. 2-3 oz sebekas. (lepas hantar 14 bekas ke hospital)

5 comments:

  1. salam ...moga bree cepat besar..leh balik rumah...tak lama dah tu insyaAllah..biasanya bila dah start minum byk, dia pun cepat besar berbanding hari2 awal yg agak slow...my Qaid dibenarkan balik at 1.720kg jer...so bree pun mungkin tak lama lagi..insyaAllah....

    ReplyDelete
  2. keep on pumping ya.
    bukan main lagi style dia tidur tu kan, tak padan dgn kecik hehe..

    ReplyDelete
  3. hihihi dah makin besar baby bree kan
    semoga dipermudahkan semuanya.. banyak gak stok susu
    saya pun full anak sy sampai 2 tahun 7 bulan tapi tak simpan stok banayk
    hari ni untuk besok, besok untuk lusa. ekekeke

    ReplyDelete
  4. mam2Q: owh ye ke.. maybe boleh balik awalkan.. tgh pk cemana la nak handle baby kecik ni nanti.. rasa gayat je nak pegang.. harap2 ok la

    mirah: hehe tu la.. bukak ekon tu style papa dia. turun temurun.. mirah sekeluarga sihat ?

    tinie: wah bagusnya.. tak pernah putus ek ? saya tak berani kalo stok sikit2 sebb kalo angin malas nnt tak perah terus takde stok.. bahaya ty.. bagus la tinie ni.. thumbs up!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..baby makin sihat eh..;)

    ReplyDelete