///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: March 2011

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Tuesday, March 29, 2011

Finally she is 1kg of weight !

Ya betul! Berat Bree sudah pun 1kg semalam.. Setelah 42 hari di dalam incubator tu. Ini satu pencapaian. Seronok apabila melihat dia membesar walaupun tak dapat mendukungnya seperti ibu-ibu yang lain. Kebanyakan masa pun dia hanya tidur saja. Lena di ulit mimpi yang mengasyikkan mungkin... Minum susu banyak-banyak ye. Biar anak cepat besar.. :)

Sunday, March 27, 2011

Stok Susu dan Perkembangan Bree

Salam Keceriaan di pagi Ahad,
     Semalam suami ada ke hospital menghantar bekalan susu. Kali terakhir aku periksa stok susu (2 hari lepas) di hospital hanya tinggal 8 oz yang mingkin boleh tahan sehari aje. So untuk mengelakkan kekalutan di saat-saat akhir, aku minta suami tolong hantarkan. Sekarang, Bree sudah minum 15cc iaitu 0.5 oz. Banyak dah tu.. Maknanya dalam sehari dia perlukan 6 oz ( minum 2 jam sekali). Berat pun dah jadi 990 gram. Hampir 1 kg dah.. Memang dalam 2 minggu kebelakangan ni, pertambahan beratnya boleh di katakan naik dengan graf yang agak tinggi. Alhamdulillah dia sihat. Lain-lain perkembangannya, IVH masih ada di tahap II. Cyst pun masih kelihatan tapi doktor ada cakap yang kepalanya tiada abnormalities. Pembesaran kepala adalah normal. Sebab kalau ada 'keluarbiasaan' di bimbangi boleh menyebabkan hydrocephalus atau penyakit kepala besar yang kita pernah lihat sebelum ini. Ia disebabkan oleh air tulang belakang yang masuk ke urat saraf di kepala dan menjadikan kepala membesar.

     Aku pula kena la semakin kerap mengepam. Demand dah tinggi, tapi disebabkan tiada direct feeding, jadi agak perlahan juga peningkatan susu. Tapi pam tetap pam. Bimbang nanti stok tak cukup. Nasib la ada kakaknya, Rania yang masih juga menyusu on and off bila mana dia nak tidur. So ada juga stimulation. Harap-harap aku dapat bagi direct feeding tak lama lagi untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu.

Tido sambil bukak ekon heheh

Gambar terbaru di ambil pada 26 Mac 2011. 40 hari.

Stok susu di rumah. 2-3 oz sebekas. (lepas hantar 14 bekas ke hospital)

Friday, March 25, 2011

OKU pun boleh buat....kita ?

Assalamualaikum wbt dan salam keceriaan di pagi Jumaat yang penuh barokah ini..
   Hari ini aku nak cerita tentang satu insiden dapat memberi kita lebih motivasi untuk berusaha dalam hidup. Tidak mudah mennyerah kalah.
   Seperti biasa rutin aku, 2 hari yang lepas aku pergi melawat anak kecil ku di hospital. Disebabkan kali ini aku membawa anak-anak yang lain, maka aku minta suami yang pergi masuk ke NICU sedangkan aku menjaga mereka di perkarangan hospital. Orang lain kan tidak dibenarkan masuk ke sana kecuali ibu bapa sahaja. So bagi change la papanya pergi tengok.
   Di perkarangan hospital tu juga ada booth-booth kecil yang menjual pelbagai barang dan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti insurans, amanah saham dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak booth tu, aku tertarik dengan satu booth kecil yang menjual alat aromaterapi pelbagai haruman dan penjualnya seorang OKU. Sempat aku baca satu nota yang dilekatkan di boothnya.

"Saya Razak seorang OKU (bisu dan pekak) menjual aromaterapi pelbagai guna
1 botol = RM12
2 botol = (Ada diskaun)
No Telefon , 017-6103494 (SMS )"

   Dia pun menghulurkan pamplet dan menunjukkan bahasa isyarat ke arah barang jualanya. Tersentuh hati aku.. nak aje beli satu dua tapi beg duit tertinggal dalam kereta. Kagumnya aku dengan kesungguhan insan yang bernama Razak ini. Walaupun dia OKU tapi tidak bergantung harap pada orang tapi berusaha sendiri untuk mencari rezeki. 
   Tetapi malangnya orang-orang yang di kurniakan pacaindera yang lengkap pun masih ramai yang meminta-minta. Duduk di tepi-tepi jalan atau dipasar-pasar malam meminta sedekah. Bila tengok keadaan fizikal, cukup lengkap, muda pulak tu. Ape sebabnya nak minta sedekah. Banyak pekerjaan yang mampu dilakukan. Tambahan pula tinggal di kota yang serba maju ini. Bermacam benda boleh buat. Ish penat pulak fikir...
   Berbalik pada cerita Razak tadi,  ni aku sertakan pampletnya serta no telefon. Kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi beliau. Tapi sms saja ya. Ada 5 jenis haruman yang boleh di sesuaikan di kamar tidur,  bilik tidur mahupun pejabat (Ocean, Berries, Apple, Red Rose and Jasmine) . Cara nak guna pun senang saja.

1. Rendamkan lidi-lidi kecil kedalam botol yang mengandungi minyak aromaterapi hingga dia menyerap
2. Bila sudah menyerap, terbalikkan lidi-lidi tersebut supaya yang menyerap tadi dihalakan keudara dan yang kering kedalam botol semula.
3. Itu saja. dan anda boleh nikmati haruman yang segar disekitar anda. 
4. Ulang langkah 1-2 ini untuk mengekalkan haruman.

Jom sama-sama kita bantu dia.. Semoga cerita ini memberi kita motivasi untuk lebih maju. Sedangkang OKU macam beliau pun boleh buat, kita yang sihat sempurna ini sepatutnya lebih lagi.. Jangan lupa sampaikan berita ini pada kawan-kawan ya. Selamat beramal...



Sunday, March 13, 2011

Pejam celik pejam celik dah sebulan..

Itulah... pejam celik, pejam celik esok genap la sebulan usia Bree. Sebulan juga aku berulang alik ke hospital tanpa jemu menemani anak kami yang masih dalam incubator. Bree dah banyak menunjukkan kemajuan.
   Feeding untuk satu session dah naik ke 10ml. Berat pun dah meningkat ke 840 gram. Kadang-kadang semasa kami bercakap-cakap dengannya tentang keletah abang dan kakaknya di rumah atau bercerita tentang aktivti yang bakal kami lakukan bersama bila dia kembali nanti, Bree akan tersenyum. Seolah-olah faham dan mengerti yang kami ada di sisi. Wayar-wayar sudah banyak di tanggalkan. Yang tinggal hanya tiub susu yang masuk terus ke ususnya serta ventilator pernafas yang dilekatkan ke hidungnya. Misi pun ada beritahu kami yang najisnya nampak elok dan sihat. Tak ada tanda dia sakit perut seperti sebelumnya. Alhamdulillah .. kami bersyukur sangat.
   Tentang komplikasinya, aku tak dapat berjumpa lagi dengan doktor yang merawat untuk mendapatkan penerangan lanjut. Cuma info terbaru aku dapat daripada kad anak yang di lekatkan di incubatornya. Ada sedikit catitan di atasnya yang ingin aku kongsi :-
  • gred II of IVH
  • left periventracular cyst, same size
  • PVH
Daripada pembacaan sebelum ni, IVH ada 4 peringkat. Peringkat I dan II , peringkat biasa tetapi kalau III dan IV di anggap serius. So, Alhamdulillah Bree hanya gred II. Cyst pun nampak gayanya tak membesar.. Doa aku semoga dia akan terus sihat dan membesar bagai johan (errk.. tersedak bapak mentua ku yang bernama Johan hehe)
   Terima kasih yang tak terhingga untuk saudara mara, sahabat handai alam nyata dan alam maya, kawan-kawan sekolah, satu course dan lain-lain yang aku tak sempat nak tulis nak sini. Doa tulus kalian yang memberi semangat dan dorongan untuk kami sekeluarga terus tabah. Dan tak lupa juga untuk ibu, ibu-bapa mertua dan teristimewa untuk suami tersayang yang sentiasa memberi perangsang dan galakan. Sayang semuanya *hug.

Wednesday, March 9, 2011

Gambar-gambar My Little Preemie

Assalamualaikum semua,
   Hampir 10 hari blog ni tak ber update. Agak sibuk kebelakangan ni menguruskan keluarga dan berulang alik ke hospital menjenguk permata hati kami serta dalam proses menyiapkan shopping cart yang terbaru :) .. Nanti bila dah siap, akan di update kat sini ye..
   Semalam kami berdua pergi melawat Bree di hospital. Dia nampaknya aktif bergerak. Sukatan susu juga telah di naikkan ke 8 ml pada awalnya tapi terpaksa di turunkan ke 6 ml sebab dia muntah. Mungkin perutnya belum mampu untuk menampung jumlah itu.
   Sebelum ini, doktor ada memberitahu yang mereka jumpa satu lagi jenis micro organisma dalam darahnya, Tapi nama benda tu aku tak sempat nak suruh doktor tu tulis :D macam sebelum ini. Apa yang mereka buat sekarang hanya teruskan pemantauan dulu sebelum buat keputusan sama ada nak letak antibiotik tidak. Kalau nampak serius mereka akan update kami. Itu janji doktor tu.
   Pada hari yang sama juga, doktor ada maklumkan beberapa perkara yang buat aku tak dapat nak tidur malam. Antaranya :-
  • ada satu bahagian dalam jantung yang sepatutnya akan tutup bila bayi lahir tapi ini tidak berlaku pada Bree. Bahasa saintifiknya Patent Ductus Arteriosus (PDA). Ini mungkin di sebabkan dia bayi pramatang jadi bahagian dalaman organnya tidak begitu sempurna. Lama-kelamaan, Insyaallah ia akan tutup. Aku positifkan diri,
  • ada ketulan darah beku atau IVH dalam otak (doktor cakap memang kadang-kadang pramatang baby ada)
  • yang paling menakutkan, ada cyst atau ketumbuhan dalam otak juga yang masih belum dikenalpasti jenis dan tahap keseriusannya . Doktor masih monitor perkembangan.
Apa pun keadaannya aku tetap yakin dia akan sembuh seperti bayi-bayi sihat yang lain. Aku pasti akan membawa dia pulang ke rumah kami suatu hari nanti. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Bree. Setiap kali aku melawatnya, pastu aku akan berbual-bual, berzikir dan mengaji bersamanya. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa ada bersamanya memberi semangat dan kekuatan. Aku ingin dia kenal suara ibunya yang sering berkata-kata padanya ketika dia masih di dalam alam rahim sana. Aku yakin dia juga cekal dan mampu mengatasi segala ujian ini dan sampai masanya kami semua akan bersatu semula.. Amin


Hari Pertama , 14 Februari 2011 ~ 10 PM


Hari Ke-14, 28 Februari 2011 ~ 5.43 PM


Hari Ke-22, 8 Mac 2011 ~ 6.35 PM