As Salam semua,
Apa kabar ? harapnya sihat sejahtera sekeluarga.
Sejak 2 minggu yang lepas, kami anak-beranak asyik sakit-sakit je. Mula-mula Bree kena cirit birit, muntah-muntah sampai masuk Hospital Sg.Buloh. Mamanya kena la temankan 3 hari 2 malam "bercuti" di hospital. Penatnya bukan main. Maklumlah, kejap-kejap kena jaga, nurse nak amik darah, pressure la dan segala macam benda lagi. Tido pun dlm sejam dua aje adehh.... Bree pulak jap-jap kena tukar diaper, ye la dah cirit kan.. hari ke-3 mamanya dah sangap habis, mintak juga discharge walaupun Bree kurang sihat lagi. Paling kurang ada suami yang boleh membantu. Sampai je rumah.. terus tido .. sampai 9 pagi esoknya! 12 jam marathn tido tanpan henti. Memang blackout sungguh2... ya Allah kena la qada Subuh.
Sekarang Bree dah sihat, papanya pulak masuk wad sebab diarrhea yang teruk. Hari ini kena buat scope (untuk check dalam perut). Owh 3 hari lepas, anak ke 2 demam pulak. Panas sangat. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.
Tak apa, yang penting mama dia sihat boleh jaga semuanya. Mom is always strong kan. Walau apa pun saya percaya sakit itu rahmat, kerana dengan sakit, kita lebih ingat akan Dia, dengan sakit terhapus sedikit dosa dan dengan sakit kita lebih menghargai waktu kita sihat. Make the most out of each day because tomorrow is not a promise.
Salam Sayang .
No comments:
Post a Comment