///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: Bree dah meniarap !

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Wednesday, August 24, 2011

Bree dah meniarap !

Ye betul, tak tipu, Bree dah pandai meniarap start semalam.. Alhamdulillah.. seronok sangat.

Salam Ramadhan kawan-kawan,
Hari ni 24 Ogos, kiranya Bree meniarap pada usia 6 bulan seminggu. Kalau lihat pada usia memang lambat kan perkembangannya, sebab bagi kanak-kanak yang lahir cukup bulan, biasanya mereka dah pandai meniarap dalam usia 3 atau 4 bulan, malahan adajuga lepas pantang dah boleh dah.Tapi untuk Bree ni, tak kisah lah.. biarlah dia berkembang dalam "space"nya sendiri. Lain anak lain kemajuannya. Mereka unik, jadi tak payahlah nak rasa down jika mereka lambat. Yang penting merek sihat dan ceria, itu yang lebih utama.

Berbalik pada Bree, pantang je letak di bawah, kejap lagi pasti berpusing. Takat berpusing aje tak ape lah juga, ni siap terbalik. Mula-mulanya tu memang dia tak pandai nak pusing kepala ke kiri atau ke kanan. Pernah satu ketika, muka nya tersembam ke bawah. Cepat-cepat angkat, berderau darah di buatnya. Tapi lepas 2-3 kali dia dah pandai .. Cuma bila waktu solat tu, apitkan dia dengan bantal sebab takut juga dia "terlemas". lepas tu dengar la suara dia bising "marah-marah" sebab tak dapat pusing hehhe.. Hu ha hu ha suara menjerit kekeke.. seronok lihat perkembangan anak kan.. penat tak payah cakap sebab kerja "round the clock". Tapi itu semua nikmat.. bersyukurlah, kerana momen yang terindah ini tidak akan berulang lagi

2 comments:

  1. hehehe goodgirl bree
    tepekla gambar terbaru kak :)

    sempena bulan baik ni, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata atau kekasaran bahasa

    salam aidilfitri daripada
    Tinie-Aelek-Fatin-najwa

    ReplyDelete
  2. comel nyer bree dah meniarap, nnt letak la pic dia su.. nway selamat hari raya buat su sekeluarga, mohon maaf andai deena ada terkasar tutur bicara selama kita kenal di alam maya ni.. :)

    ReplyDelete