///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: August 2011

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Wednesday, August 24, 2011

Bree dah meniarap !

Ye betul, tak tipu, Bree dah pandai meniarap start semalam.. Alhamdulillah.. seronok sangat.

Salam Ramadhan kawan-kawan,
Hari ni 24 Ogos, kiranya Bree meniarap pada usia 6 bulan seminggu. Kalau lihat pada usia memang lambat kan perkembangannya, sebab bagi kanak-kanak yang lahir cukup bulan, biasanya mereka dah pandai meniarap dalam usia 3 atau 4 bulan, malahan adajuga lepas pantang dah boleh dah.Tapi untuk Bree ni, tak kisah lah.. biarlah dia berkembang dalam "space"nya sendiri. Lain anak lain kemajuannya. Mereka unik, jadi tak payahlah nak rasa down jika mereka lambat. Yang penting merek sihat dan ceria, itu yang lebih utama.

Berbalik pada Bree, pantang je letak di bawah, kejap lagi pasti berpusing. Takat berpusing aje tak ape lah juga, ni siap terbalik. Mula-mulanya tu memang dia tak pandai nak pusing kepala ke kiri atau ke kanan. Pernah satu ketika, muka nya tersembam ke bawah. Cepat-cepat angkat, berderau darah di buatnya. Tapi lepas 2-3 kali dia dah pandai .. Cuma bila waktu solat tu, apitkan dia dengan bantal sebab takut juga dia "terlemas". lepas tu dengar la suara dia bising "marah-marah" sebab tak dapat pusing hehhe.. Hu ha hu ha suara menjerit kekeke.. seronok lihat perkembangan anak kan.. penat tak payah cakap sebab kerja "round the clock". Tapi itu semua nikmat.. bersyukurlah, kerana momen yang terindah ini tidak akan berulang lagi

Thursday, August 4, 2011

Checklist Amalan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua,
Hari ni puasa yang ke -4 dahkan... Sebelum kita terlepas Ramadhan tahun ini, mari kita "usha" amalan-amalan yang sunat/wajib kita buat untuk dapat lebih ganjaran. Kalau sebelum ini, yang wajib pun kadang-kadang kita tak sempat buat, apa lagi yang sunat, makan bulan ni la waktu untuk kita tampal mana2 yang lompong tu. Dengan pahala yang berganda, keberkatan juga berganda apatah lagi dengan rahmat dan kasih sayang Allah nak bagi pada bulan yang mulia ini, mari kita rebut , manalah tahu entah-entah tahun depan kita dah tak berjumpa lagi Ramadhan .. moga2 lebih berkat hidup kita bukan saja di sini tapi di sana yang lebih kekal abadi.. amin


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :


"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Monday, August 1, 2011

Ramadhan dah tiba. Bree semakin ceria..

Assalamualaikum semua,
Hari ini 1 Ramadhan kan, semua orang penuh bersemangat berpuasa.Alhamdulillah. Pagi tadi sahur apa ? pasti kan makan makanan yang dapat memberi tenaga sepanjang hari berpuasa ni. Maklumlah hari pertama ni selera masih menebal dan perut pun akan cepat je lapar. Jadi makan makanan yang seimbang, dan minum air putih banyak-banyak kalau tak kang memang kehausan dan lesu. Panjang lagi masa ni hehhe..

Memang dah lama tak menulis di sini. Alasan cliche, sibuk hihih. Sibuk tu memang tak dapat elak lah kan. Dah mana nya WAHM memang jadual sentiasa padat. Tapi sebenarnya mencari bahan dan cerita yang kebih menarik untuk di kongsi bersama, bukan lah sekadar cerita2 biasa saja. Harapnya nanti dapat berkongsi ilmu dan cerita yang lebih bermanfaat. Biarlah ilmu tu kan nanti menjadi saham akhirat. Biarpun sikit tapi berguna. Uish panjang pulak ni..

OK la, ramai dah bertanya gambar Bree terbaru. Gadis kecil comel lote tu sekarang ni dah semakin bijak !Dah pandai memberi respon bila di agah. Tersengih-sengih dia. Semacam tidak percaya itu adalah anak yang dulu penuh wayar di hospital terlantar berbulan-bulan. Dia sekarang dah montel, berat terbaru 3.5 kg ! Umurnya sekarang sudah 5 1/2 bulan. Memang saiznya agak kecil berbanding dengan teman seusianya, yelah kan kalau nak ikutkan dia baru saja 2 1/2 bulan, memang la kecik.

susu
Bree masih menyusu badan, tapi kalau lambat sikit bagi, menjerit-jerit sekuat hati aduiyaii.. orang dengar macam dia kena dera, padahal dia yang 'dera' kita huhuh. Malam-malam pasti akan bangun, jadi maknya menyusu sambil duduk tersengguk-sengguk beralaskan bantal menyandar dinding.

tv
yes, kalau siang-siang letak di ruang tamu, dia dah pandai tengok tv, nak-nak pulak abang dengan kakaknya bukak channel babytv.com macam tau-tau aja tu untuk dia. Ralit je mata concerntrate tak berkedip-kedip.

main
kalau dia dah kenyang, suka hari la kan. Lepas tu ajak main pula. Tak kira la pagi ka, petang ka, tengah malam ka. Kalau kita buat tak peduli, nanti dengar la suara dia, ooo, aaa, ooo, aaaa dok memanggil hehe.. Bila dan attend baru senyap. Hamboiii pandai nak bercakap dah makcik.


mengamuk nak susu nih..


masa kena agah..