///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: May 2011

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Thursday, May 26, 2011

Demam Anak 3 !

Salam Sejahtera semua..
Yeah, sesuai dengan tajuk entry kali ni, memang 'demam' jadinya bila semua anak sudah duduk serumah dan berkumpul sekaligus.

Sebelum ni abang dan kakak Bree tinggal di rumah atok dan tok ayahnya buat sementara semasa aku di hospital. Minggu lepas balik kampung dan ambil semula budak-budak ni. Kiranya hari ini hari ke-4 la kami bersama berlima. Mulanya memang la teruja sangat-sangat tetapi selepas mengharungi hari pertama.. fuh memang bukan mudah ..
  • dulu, aku tidur pukul 11 dengan aman sampai pukul 5 pagi baru bangun dan mulakan rutin harian biasa. Sekarang tidur pukul 11 juga tapi pukul 2 dah bangun kena bagi susu, pukul 5 kena jaga lagi, last-last pukul 8 pagi baru tersedar. Memang lari la jadual. Mamai tu jangan cakap la sebab tak tentu tidurnya..
  • dulu, bangun pagi lepas siapkan semua kerja, ajar anak, boleh la duduk rilek sambil tenet sejam dua sebelum sambung balik hal mereka. Sekarang ni, lepas siapkan kakak abang, kena siapkan adik, lepas tu keje umah, lepas tu adik balik, lepas tu kakak abang balik.. Fuh.. macam nak tercabut kain
  • dulu, kakaknya, Rania bila nak tidur malam atau petang je nak nenen. Sekarang, bila adiknya nak menyusu, dia pun nak. Pantang nampak.. nak bergayut aje.. kekadang sampai tak tau dah nak letak macammana. Ini namanya tandem nursing. Menyusu dua anak serentak. Memang ada buat position football tu tapi masih lagi mencari kedudukan selesa (macam ulasan bolasepak kat tv pulak hahah ). Rania tu sampai tertonggeng-tonggeng, sambil duduk pun jadik.. haiyakk
  • dulu lain, sekarang lagi lainnnn...

Wah memang demam macam ni, kelam kabut tak hingat punya ! Tapi apa yang aku belajar dari sini ?!

DISIPLIN

Ya, disiplin ! bila ada waktu terluang sikit, bereskan apa yang perlu. Jangan nak dok bertenet lama-lama merapu sana sini. Jangan leka. Ok stop ! nak pegi sambung kerja lain sementara anak-anak yang lain belum bangun...

Friday, May 20, 2011

Bree sudah pulang

Salam semua sahabat-sahabat maya..
Setelah 84 hari berumah di NICU dan hampir 8 hari aku bertapa di sana bersama-sama si kenit tu, akhirnya bayi magis kami, Bree telah selamat pulang ke rumah kami. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi..

NICU
Sebelum ni tak pernah pun duduk lama di NICu ni, paling lama pun sehari semalam menemankan anak yang sulung, hero Ilham yang ada komplikasi 4 tahun lepas. Adiknya Rania pula, lahir tanpa sebarang masalah. Tetapi yang ini, memang lama betul hampir-hampir 3 bulan ! . Peh lama kau... Seminggu sebelum Bree di benarkan pulang, macam biasa, si ibu akan di panggil untuk room in bersama-sama dengan bayi mereka untuk bonding dan biasakan diri dengan keadaan premature baby. Malam pertama di sana, penghawa dinginnya mak aiii.. sejuk gilerrr .. memang tak boleh tidur langsung. Sampai kena minta extra selimut. Rupa-rupanya memang bilik ibu yang satu itu terkenal dengan suhunya yang mengalahkan gunung Everest (ceh macam la aku pernah sampai ke sana :D ) .. tapi memang sejuk ahh.. bukan aku sorang je yang cakap ni, semua ibu-ibu termasuk la nurse pun cakap benda yang sama. Nasib baik la malam berikutnya aku dan baby dah boleh duduk sama jadi kami di tempatkan di Bilik Recovery. Suhu di sini sejuk yang biasa-biasa tu, so lega la aku ..

BERAT
Syarat untuk discharge dari NICU ni berat baby kena cecah 1.8kg barulah dibenarkan pulang. Berat bayi akan di timbang sehari sekali waktu pagi. Masa tu beratnya baru 1.68kg lepastu boleh pulak turun 1.64kg .. Aduhai anak ... Aku tengok mak-mak lain malam-malam mesti bagi susu botol sama ada ebm mahupun susu formula. Jarang yang menggunakan cup ni sebab cup ni memang tumpah. Pada mulanya aku memang aku ikut peraturan bagi cup sebab tak nak nanti baby ada nipple confuse. Tetapi di sebabkan cup feeding mengambil masa untuk habiskan dan banyak yang tumpah ( bila tumpah, tak semua susu masuk perut baby, maka beratnya akan naik sikit-sikit seterusnya lambat la balik huhuh ) dan ramai mak mak yang seangkatan dengan aku dah bertukar ganti orang balik, maka aku pun tukar strategi. Hari ke-6 aku terus turun bawah ke kedai beli botol dan teat kecil untuk newborn. Jadinya malam itu bermulanya projek botol susu ..hihihih. Tujuannya hanya satu, untuk bagi berat baby naik cepat. Strategi menjadi ! Hari ke-8 kami di benarkan pulang. Bukan aku seorang tetapi 6 orang mak di situ jugak dapat kebenaran.. Yahooo..

PENJAGAAN
Di sebabkan Bree di lahirkan secara pramatang, maka sebelum kami di benarkan pulang, macam-macam yang di ajarkan berkaitan dengan kebersihan yang harus di jaga rapi. Antaranya
  • Botol susu harus di steril setiap kali selepas menggunakannya. Ia mesti di masuk kan di dalam air yang mendidih untuk mematikan kuman
  • Haruslah mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh baby. Ini juga harus di applikasikan kepada sesiapa juga yang datang ke rumah. Keluarga dan saudara mara
  • Tidak dibenarkan membawa bayi berjalan-jalan di tempat yang ramai orang seperti pasaraya, pasar malam, pasar pagi, kenduri. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan pada bayi akibat terdedah pada persekitaran ramai yang mungkin ada masalah kesihatan
  • Jiran tetangga tidak digalakkan untuk datang menziarah lagi buat masa ini. Hanya keluarga terdekat sahaja tetapi haruslah mematuhi penjagaan kebersihan di atas.
  • Tidak di benarkan melawat jika ada selsema, batuk atau demam
  • Jika suami merokok ( nasib baik cik abang tidak merokok), sebelum masuk kerumah apabila pulang dari kerja, kena buka baju di luar rumah untuk mengelakkan partikel yang tidak sihat menganggu sistem pernafasan bayi
Peh.. banyak betul kan. Macam mengada-ngada pulak. Tapi itulah semua yang di nasihatkan orang doktor . Ia adalah untuk menjaga kesihatan Bree, maklumlah sistem badannya belum kuat lagi. Jadi pada kawan-kawan atau jiran-jiran yang nak datang melawat tu mungkin dapat tangguh seketika nanti bila Bree dah sihat sikit dalan 6 bulan ke atas .. Boleh la datang ke rumah Link.. Terima kasih kerana memahami.. :)

KOMPLIKASI
Banyak komplikasi yang di alami Bree telah berjaya di tangani. PDA iaitu injap jantung yang terbuka pada awalnya telah pun tertutup dan berjalan dengan baik kini. PVA di otak hanya pada fasa II, fasa ringan yang tidak kritikal. Dan jangkitan kuman pun dah tak ada.. Yang perlu di follow up hanyalah ROP , masalah mata yang biasa di alami oleh bayi pramatang akibat sel-sel mata yang tidak matang.

Begitulah serba sedikit pengalaman di NICU Selayang dan segala yang berkaitan dengan Bree sebelum di benarkan balik ke rumah. Sekarang Bree dah pun bersama-sama kami. Sudah 10 hari. Banyak yang perlu disusun dan di ubahsuai sesuai dengan kehadiran orang baru. Dengan jadual Home School baru, online bisnes dan penjagaan Bree. Penat juga tu, tapi nasib baik ada orang-orang sekeliling yang memberi sokongan terutama cik suami tercinta, Tuan Besar Sharim. Dapat la juga masa untuk berehat seketika.. TQ Awak.. :)

Owh terima kasih yang tak terhingga juga kepada warga NICU Selayang yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi selama ini. Dan terima kasih kerana menjaga Bree dan bayi-bayi istimewa yang lain. Anda memang terbaekkkkkk ! Salute..

Juga kepada sahabat-sahabat dan anda semua yang sentiasa memberi doa yang tidak pernah hentinya.. sayang sumernya .

Tuesday, May 3, 2011

Homemade Chocolate - Projek terbaru

Salam semua,
Sekarang ni dah ramai kan orang yang buat homemade chocolate tu. Mula-mula tengok tu .. wahh memang kagum habis dengan hasil seni tangan-tangan yang membuatnya. Dengan warna yang indah-indah dan corak yang menawan. Di tambah pulak dengan perasa serta filling yang urmpppphh... tak tau nak cakap kesedapannya.. So, aku pun ambil kesempatan ni belajar jugak. maka terhasil lah chocolate-chocolate yang di bawah.

Jangan tak tahu, dah ada orang order tau hehe.. Alhamdulillah, dapat la duit poket sket. Disamping menambah ilmu. Pada sesiapa yang nak order tu jangan segan-segan ye.. sila-sila lah cuci mata dulu. Owh sebelum terlupa .. ada promosi untuk bulan ini..apa dia .. :-

This month is a birthday month for most of our family members. I hereby would like to announce Birthday Promotion! from today till 30th May 2011. 

With every purchase of 200 chocolate in casing/lollichoc/oreo choc, you will get 5 extra of the same chocolate design for FREE.

For customized chocolate in box,  price for ribbon will be waived (^_^)
*box price will be included
Hurry place your order while stock last ! 









Untuk harga dan tempahan boleh lawati :-
jangan lupa bagi sokongan yek.. tq (>_<)

Finally kena Room In

Assalamualaikum semua,
OK, last update tentang Bree 27 April lepas kan.. hari ini nak kongsi update terbaru.

2 hari lepas semasa kami melawat Bree, berat dia dah pun 1.65kg. Memang dah sepatutnya pun kena masuk hospital untuk tinggal bersama-sama dengan baby atau pun bahasa singkatnya Room In, tetapi disebabkan tak ada katil kosong, jadi kena lah balik dulu.

Tapi tadi, nurse dari hospital dah telefon menyatakan sekarang dah ada katil kosong. Jadinya sekarang ni , tunggu suami pulang lepas tu bermula lah episodku berumah di hospital pulak. Dengar-dengar dari cerita kawan-kawan terdahulu, kena duduk dalam sana sampai la beratnya cecah satu tahap yang dibenarkan keluar, mau makan 1-2 minggu jugak.. Hai tak ber online la selama tu.. Tak apa lah.. yang bestnya nanti dapat balik dengan Bree. Dapat kumpul balik semua..

So kawan-kawan.. nanti saya update lagi yek, ape cerita sepanjang duduk di hospital nanti, best ke tak ke, boring ke , seram sejuk ke, heheh .. nak  bersiap-siap ni.. jumpa lagi .... tata ~