Apa kabar semua..Dah lebih 3 bulan saya tak update blog. Banyak yang nak di kongsi tapi untuk entry kali ini nak share sesuatu yang amat bermakna buat kami.
Masih ingat tak tarikh 14 Februari 2011 ? tarikh inilah tarikh keramat saya melahirkan bayi miracle saya yang saya tak duga sama sekali . Bayi yang hanya berusia 25 minggu dengan berat tak sampai 1kg di lahirkan di pagi yang hening di Hospital Selayang
Namun, berkat doa semua serta usaha yang tidak mengenal penat lelah oleh para doktor dan jururawat , bayi ini akhirnya dibenarkan keluar dengan berat 1.77kg. Dan ini lah dia Raisya Sabreena setelah setahun berlalu.
Beratnya kini sudah mencapai 7.3 kg ! berkat susu Alhamdulillah . Bree sudah pandai berdiri sendiri walaupun selalu benjol benjol akibat jatuh kerana belum lagi stabil kakinya (maknya tak sempat nak tengok sebab sibuk bertenet ) .. merangkak memang dah laju ke depan pantang tengok apa-apa pintu terbuka. Dia akan ketawa terkekek bila abang dan kakaknya mengagah tapi bila mama dan papa dia buat .. dia buat muka donno je heheh. Dah kenal orang.. Bree akan melalak sekuat hati bila orang yang tak dikenali cuba mendukungnya, persis orang yang mencuba bakat Malaysia Idol tapi akhirnya tak dapat masuk :D sebab pitching lari . Tak suka nasi bubur, tapi prefer makan apa yang kitorang makan, jadi terpaksa kunyah2 sebelum beri padanya. Suka nak join bila abang dan kakaknya main macam dah besar sgt. Suka terbalikkan building block yang abang dia buat, sampai abangnya pulak yang melalak ke"tension"nan lepas tu. Suka muncungkan mulut dan buat "puh" "puh" sebelum buat muka geram sambil tunjuk gusi kosong macam nenek tua.. dan macam-macam lagi keletahnya yang mencuit hati.
Sangat-sangat bersyukur kerana Bree dapat bertahan dengan kekuatan semangat yang ada padanya dengan izin Allah jua. Engkaulah yang Maha Besar .. Alhamdulillah Semoga jadi anak yang solehah. Selamat Hari Lahir yang pertama.
p/s:Kami tidak mengadakan sebarang sambutan seperti yang kebiasaannya tapi bawa Bree dan sekeluarga bercuti ke Langkawi menikmati keunikan dan kehebatan ciptaan Allah.
main pasir