Salam pagi Sabtu,
Sempat bangun solat Subuh tak tadi ? ke terlajak hehe.. Kalau tak sedar tak apa, bangun pukul berapa pun terus buat ye, jangan buat-buat tido bila dah dengar azan tu, no no no..
Baru je entry yang lepas saya cerita tentang apa yang kita akan buat bila kita tahu hari ini hari terakhir kitakan, tup tup, semalam saya mendapat perkhabaran sedih yang mana anak sahabat saya, bekas teman di office lama dulu, meninggal sebab demam. Ada virus pula dalam darahnya. Mengejut sangat sebab sakit tak lama. Mungkin dalam 2-3 hari saja. Aidan namanya, berumur lebih kurang 7 bulan.
Kawan saya ni, kitorang panggil Nolly je, orangnya ceria, putih dan kecil molek. Dulu-dulu saya suka dengar dia cakap kelate. Sajak benar dengan orangnya. Maklumla saya banyak juga kenalan dari Kelantan ni, dan suka dengar mereka dengan loghat kelate tu heheh..cumel.. Ok, fokus, fokus.. Saya pun tak kenal rapat dengan Nolly ni tapi kenal la sebab selalu terserempak kat surau dan lama-lama jadik mesra. Dia pun bertemu jodoh dengan rakan sepejabat juga. Sama cantik, sama padan.
Apa pun, mari lah kita ucapkan takziah dan doakan semoga Nolly dan suami serta kaum keluarga mereka, kuat semangat. Ini ujian Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih dan InsyaAllah nanti akan ada rezeki lagi. Buat arwah Aidan, si comel ini pasti menunggu mereka di pintu syurga dan jadi syafaat untuk kedua orang tuanya.
Bertabah ya Nolly n Izam..
Announcement
Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers
Saturday, June 4, 2011
Thursday, June 2, 2011
Jika Hari Ini Hari Terakhir ..
Salam Sejahtera kawan-kawan,
Semasa saya berjalan-jalan di blog penceramah terkenal Ustaz Zaharudin, saya ada terbaca satu post yang mempunyai video di dalamnya yang menunjukkan bagaimana, seorang hamba Allah yang meninggal selepas solat dan seorang pemain bolasepak yang tiba-tiba rebah dan meninggal juga. Saya pasti video pertama tadi banyak tersebar dan pernah di lihat oleh kawan-kawan.
Cuba bayangkan diri di timbus dalam tanah, keseorangan, kegelapan, tiada sesiapa di sekeliling. Lepas tu, ada cacing dan ulat2 tanah yang memakin daging kita.. Belum di tambah lagi dengan kedatangan malaikat mungkar, nakir yang akan datang bersoal jawab dengan kita. Mak aii.. takutnya.. Kalau lah hari ini hari terakhir saya, saya akan :-
"Ya Allah, biarlah aku selesaikan hutangku denganMu dan hutang sesama manusia sebelum Engkau memanggilku"
Oleh itu setiap hari, kita buat yang terbaik, perbaiki sedikit demi sedikit. Manalah tahu kalau tak sempat. Entah-entah sekejap lagi nak pegi mandi tergelincir bilik air, terus meninggal.. macam mana? Atau sambil-sambil breakfast tu tiba-tiba tercekik mee goreng, terus... possible kan ?
Jom sama-sama kita muhasabah diri, get ready untuk mati ..
Kalau lah hari ini hari terakhir anda ? Apa yang anda akan buat eh, kongsi dengan saya ..

- minta maaf pada ibu atas segala dosa yang telah saya buat sama ada sedar atau tidak. Malangnya abah dah tak ada ~ Ya Allah banyaknya dosa dgn mak, jap lagi nak telefon mak. .. huhuh
- minta maaf pada suami kalau ada salah silap dan halalkan makan minum
- bayar segala hutang piutang dengan manusia ~sepuluh sen pun kena bayar tau, kecuali dia halalkan
- pulangkan barang-barang orang yang ada dengan saya atau terlupa dan tak sengaja tersimpan lama ~ eh ada ke cenggini hehe
- qada` puasa yang tinggal ~ satu hari je, mana sempat .. huhuh
- minta maaf pada semua orang kalau-kalau saya ada salah silap.. maklumlah saya pun manusia biasa yang banyak buat salah
- perah susu banyak-banyak untuk bekalan anak ~ hadiah terakhir dan teristimewa untuk Bree
- zikir dan baca Al-Quran, serta mohon keampunan padaNya, moga roh saya di tempatkan di kalangan orang beriman.
"Ya Allah, biarlah aku selesaikan hutangku denganMu dan hutang sesama manusia sebelum Engkau memanggilku"
Oleh itu setiap hari, kita buat yang terbaik, perbaiki sedikit demi sedikit. Manalah tahu kalau tak sempat. Entah-entah sekejap lagi nak pegi mandi tergelincir bilik air, terus meninggal.. macam mana? Atau sambil-sambil breakfast tu tiba-tiba tercekik mee goreng, terus... possible kan ?
Jom sama-sama kita muhasabah diri, get ready untuk mati ..
Kalau lah hari ini hari terakhir anda ? Apa yang anda akan buat eh, kongsi dengan saya ..
Wednesday, June 1, 2011
ROP yang ke-3
Ye betul, hari ini cek ROP yang ke-3 untuk Bree. Temujanji dengan doktor pukul 8 pagi. Nanti saya update ya.. nak bersiap-siap ke hospital ni.. doakan segalanya berjalan lancar. Amin..
Gambar Bree terbaru ~ Check it out !
Assalam semua,
Ramai yang minta uploadkan gambar Bree terbaru. Selepas dia berjaya "mengeluarkan" dirinya dari hospital tempohari belum ada lagi gambar yang di paparkan kat sini kan. Ok lah untuk memenuhi permintaan ramai terutamanya peminat-peminat Bree, maka di persembahkan gambar2nya yang terkini. Terkini sangat tu tidak la tapi gambar yang sempat di rakamkan pada hari terakhir Bree di hospital..

![]() |
| tengah tido dengan jayanya .. :) |
![]() |
| Dah jaga dah.. excited nak balik rumah eh.. |
Thursday, May 26, 2011
Demam Anak 3 !
Salam Sejahtera semua..
Yeah, sesuai dengan tajuk entry kali ni, memang 'demam' jadinya bila semua anak sudah duduk serumah dan berkumpul sekaligus.
Sebelum ni abang dan kakak Bree tinggal di rumah atok dan tok ayahnya buat sementara semasa aku di hospital. Minggu lepas balik kampung dan ambil semula budak-budak ni. Kiranya hari ini hari ke-4 la kami bersama berlima. Mulanya memang la teruja sangat-sangat tetapi selepas mengharungi hari pertama.. fuh memang bukan mudah ..
Wah memang demam macam ni, kelam kabut tak hingat punya ! Tapi apa yang aku belajar dari sini ?!
Ya, disiplin ! bila ada waktu terluang sikit, bereskan apa yang perlu. Jangan nak dok bertenet lama-lama merapu sana sini. Jangan leka. Ok stop ! nak pegi sambung kerja lain sementara anak-anak yang lain belum bangun...

- dulu, aku tidur pukul 11 dengan aman sampai pukul 5 pagi baru bangun dan mulakan rutin harian biasa. Sekarang tidur pukul 11 juga tapi pukul 2 dah bangun kena bagi susu, pukul 5 kena jaga lagi, last-last pukul 8 pagi baru tersedar. Memang lari la jadual. Mamai tu jangan cakap la sebab tak tentu tidurnya..
- dulu, bangun pagi lepas siapkan semua kerja, ajar anak, boleh la duduk rilek sambil tenet sejam dua sebelum sambung balik hal mereka. Sekarang ni, lepas siapkan kakak abang, kena siapkan adik, lepas tu keje umah, lepas tu adik balik, lepas tu kakak abang balik.. Fuh.. macam nak tercabut kain
- dulu, kakaknya, Rania bila nak tidur malam atau petang je nak nenen. Sekarang, bila adiknya nak menyusu, dia pun nak. Pantang nampak.. nak bergayut aje.. kekadang sampai tak tau dah nak letak macammana. Ini namanya tandem nursing. Menyusu dua anak serentak. Memang ada buat position football tu tapi masih lagi mencari kedudukan selesa (macam ulasan bolasepak kat tv pulak hahah ). Rania tu sampai tertonggeng-tonggeng, sambil duduk pun jadik.. haiyakk
- dulu lain, sekarang lagi lainnnn...
Wah memang demam macam ni, kelam kabut tak hingat punya ! Tapi apa yang aku belajar dari sini ?!
DISIPLIN
Ya, disiplin ! bila ada waktu terluang sikit, bereskan apa yang perlu. Jangan nak dok bertenet lama-lama merapu sana sini. Jangan leka. Ok stop ! nak pegi sambung kerja lain sementara anak-anak yang lain belum bangun...
Friday, May 20, 2011
Bree sudah pulang
Salam semua sahabat-sahabat maya..
Setelah 84 hari berumah di NICU dan hampir 8 hari aku bertapa di sana bersama-sama si kenit tu, akhirnya bayi magis kami, Bree telah selamat pulang ke rumah kami. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi..
NICU
Sebelum ni tak pernah pun duduk lama di NICu ni, paling lama pun sehari semalam menemankan anak yang sulung, hero Ilham yang ada komplikasi 4 tahun lepas. Adiknya Rania pula, lahir tanpa sebarang masalah. Tetapi yang ini, memang lama betul hampir-hampir 3 bulan ! . Peh lama kau... Seminggu sebelum Bree di benarkan pulang, macam biasa, si ibu akan di panggil untuk room in bersama-sama dengan bayi mereka untuk bonding dan biasakan diri dengan keadaan premature baby. Malam pertama di sana, penghawa dinginnya mak aiii.. sejuk gilerrr .. memang tak boleh tidur langsung. Sampai kena minta extra selimut. Rupa-rupanya memang bilik ibu yang satu itu terkenal dengan suhunya yang mengalahkan gunung Everest (ceh macam la aku pernah sampai ke sana :D ) .. tapi memang sejuk ahh.. bukan aku sorang je yang cakap ni, semua ibu-ibu termasuk la nurse pun cakap benda yang sama. Nasib baik la malam berikutnya aku dan baby dah boleh duduk sama jadi kami di tempatkan di Bilik Recovery. Suhu di sini sejuk yang biasa-biasa tu, so lega la aku ..
BERAT
Syarat untuk discharge dari NICU ni berat baby kena cecah 1.8kg barulah dibenarkan pulang. Berat bayi akan di timbang sehari sekali waktu pagi. Masa tu beratnya baru 1.68kg lepastu boleh pulak turun 1.64kg .. Aduhai anak ... Aku tengok mak-mak lain malam-malam mesti bagi susu botol sama ada ebm mahupun susu formula. Jarang yang menggunakan cup ni sebab cup ni memang tumpah. Pada mulanya aku memang aku ikut peraturan bagi cup sebab tak nak nanti baby ada nipple confuse. Tetapi di sebabkan cup feeding mengambil masa untuk habiskan dan banyak yang tumpah ( bila tumpah, tak semua susu masuk perut baby, maka beratnya akan naik sikit-sikit seterusnya lambat la balik huhuh ) dan ramai mak mak yang seangkatan dengan aku dah bertukar ganti orang balik, maka aku pun tukar strategi. Hari ke-6 aku terus turun bawah ke kedai beli botol dan teat kecil untuk newborn. Jadinya malam itu bermulanya projek botol susu ..hihihih. Tujuannya hanya satu, untuk bagi berat baby naik cepat. Strategi menjadi ! Hari ke-8 kami di benarkan pulang. Bukan aku seorang tetapi 6 orang mak di situ jugak dapat kebenaran.. Yahooo..
PENJAGAAN
Di sebabkan Bree di lahirkan secara pramatang, maka sebelum kami di benarkan pulang, macam-macam yang di ajarkan berkaitan dengan kebersihan yang harus di jaga rapi. Antaranya
.. Terima kasih kerana memahami.. :)
KOMPLIKASI
Banyak komplikasi yang di alami Bree telah berjaya di tangani. PDA iaitu injap jantung yang terbuka pada awalnya telah pun tertutup dan berjalan dengan baik kini. PVA di otak hanya pada fasa II, fasa ringan yang tidak kritikal. Dan jangkitan kuman pun dah tak ada.. Yang perlu di follow up hanyalah ROP , masalah mata yang biasa di alami oleh bayi pramatang akibat sel-sel mata yang tidak matang.
Begitulah serba sedikit pengalaman di NICU Selayang dan segala yang berkaitan dengan Bree sebelum di benarkan balik ke rumah. Sekarang Bree dah pun bersama-sama kami. Sudah 10 hari. Banyak yang perlu disusun dan di ubahsuai sesuai dengan kehadiran orang baru. Dengan jadual Home School baru, online bisnes dan penjagaan Bree. Penat juga tu, tapi nasib baik ada orang-orang sekeliling yang memberi sokongan terutama cik suami tercinta, Tuan Besar Sharim. Dapat la juga masa untuk berehat seketika.. TQ Awak.. :)
Owh terima kasih yang tak terhingga juga kepada warga NICU Selayang yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi selama ini. Dan terima kasih kerana menjaga Bree dan bayi-bayi istimewa yang lain. Anda memang terbaekkkkkk ! Salute..
Juga kepada sahabat-sahabat dan anda semua yang sentiasa memberi doa yang tidak pernah hentinya.. sayang sumernya .

- Botol susu harus di steril setiap kali selepas menggunakannya. Ia mesti di masuk kan di dalam air yang mendidih untuk mematikan kuman
- Haruslah mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh baby. Ini juga harus di applikasikan kepada sesiapa juga yang datang ke rumah. Keluarga dan saudara mara
- Tidak dibenarkan membawa bayi berjalan-jalan di tempat yang ramai orang seperti pasaraya, pasar malam, pasar pagi, kenduri. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan pada bayi akibat terdedah pada persekitaran ramai yang mungkin ada masalah kesihatan
- Jiran tetangga tidak digalakkan untuk datang menziarah lagi buat masa ini. Hanya keluarga terdekat sahaja tetapi haruslah mematuhi penjagaan kebersihan di atas.
- Tidak di benarkan melawat jika ada selsema, batuk atau demam
- Jika suami merokok ( nasib baik cik abang tidak merokok), sebelum masuk kerumah apabila pulang dari kerja, kena buka baju di luar rumah untuk mengelakkan partikel yang tidak sihat menganggu sistem pernafasan bayi
.. Terima kasih kerana memahami.. :)KOMPLIKASI
Banyak komplikasi yang di alami Bree telah berjaya di tangani. PDA iaitu injap jantung yang terbuka pada awalnya telah pun tertutup dan berjalan dengan baik kini. PVA di otak hanya pada fasa II, fasa ringan yang tidak kritikal. Dan jangkitan kuman pun dah tak ada.. Yang perlu di follow up hanyalah ROP , masalah mata yang biasa di alami oleh bayi pramatang akibat sel-sel mata yang tidak matang.
Begitulah serba sedikit pengalaman di NICU Selayang dan segala yang berkaitan dengan Bree sebelum di benarkan balik ke rumah. Sekarang Bree dah pun bersama-sama kami. Sudah 10 hari. Banyak yang perlu disusun dan di ubahsuai sesuai dengan kehadiran orang baru. Dengan jadual Home School baru, online bisnes dan penjagaan Bree. Penat juga tu, tapi nasib baik ada orang-orang sekeliling yang memberi sokongan terutama cik suami tercinta, Tuan Besar Sharim. Dapat la juga masa untuk berehat seketika.. TQ Awak.. :)
Owh terima kasih yang tak terhingga juga kepada warga NICU Selayang yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi selama ini. Dan terima kasih kerana menjaga Bree dan bayi-bayi istimewa yang lain. Anda memang terbaekkkkkk ! Salute..
Juga kepada sahabat-sahabat dan anda semua yang sentiasa memberi doa yang tidak pernah hentinya.. sayang sumernya .
Labels:
Bree's Update,
Preemie Medical Info,
Prematurity
Tuesday, May 3, 2011
Homemade Chocolate - Projek terbaru
Salam semua,
Sekarang ni dah ramai kan orang yang buat homemade chocolate tu. Mula-mula tengok tu .. wahh memang kagum habis dengan hasil seni tangan-tangan yang membuatnya. Dengan warna yang indah-indah dan corak yang menawan. Di tambah pulak dengan perasa serta filling yang urmpppphh... tak tau nak cakap kesedapannya.. So, aku pun ambil kesempatan ni belajar jugak. maka terhasil lah chocolate-chocolate yang di bawah.
Jangan tak tahu, dah ada orang order tau hehe.. Alhamdulillah, dapat la duit poket sket. Disamping menambah ilmu. Pada sesiapa yang nak order tu jangan segan-segan ye.. sila-sila lah cuci mata dulu. Owh sebelum terlupa .. ada promosi untuk bulan ini..apa dia .. :-
This month is a birthday month for most of our family members. I hereby would like to announce Birthday Promotion! from today till 30th May 2011.

With every purchase of 200 chocolate in casing/lollichoc/oreo choc, you will get 5 extra of the same chocolate design for FREE.
For customized chocolate in box, price for ribbon will be waived (^_^)

*box price will be included
Hurry place your order while stock last !
Untuk harga dan tempahan boleh lawati :-
jangan lupa bagi sokongan yek.. tq (>_<)
Subscribe to:
Posts (Atom)