///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik: Motivation

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Checklist Amalan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua,
Hari ni puasa yang ke -4 dahkan... Sebelum kita terlepas Ramadhan tahun ini, mari kita "usha" amalan-amalan yang sunat/wajib kita buat untuk dapat lebih ganjaran. Kalau sebelum ini, yang wajib pun kadang-kadang kita tak sempat buat, apa lagi yang sunat, makan bulan ni la waktu untuk kita tampal mana2 yang lompong tu. Dengan pahala yang berganda, keberkatan juga berganda apatah lagi dengan rahmat dan kasih sayang Allah nak bagi pada bulan yang mulia ini, mari kita rebut , manalah tahu entah-entah tahun depan kita dah tak berjumpa lagi Ramadhan .. moga2 lebih berkat hidup kita bukan saja di sini tapi di sana yang lebih kekal abadi.. amin


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :


"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Saturday, June 25, 2011

Sedekahlah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt.
4 tahun yang lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya (suami suka usik dengan panggil "kawan sebuaian" saya sebab dah berkawan dengan kawan ni sejak dalam buaian lagi .. :)  ), saya, suami dan seorang makcik duduk makan semeja. Sambil borak-borak kosong tu, dia ada bertanya tentang anak memandangkan, masa tu, saya pun baru saja hamil anak sulung 3 bulan kalau tak silap.

Makcik tu very nice and humble person. Sempat dia bercerita pada saya satu perkara yang sampai kini saya ingat. Semasa anaknya bersekolah dulu, ada seorang murid yang tahap kecerdasannya biasa-biasa sahaja, tidaklah begitu genius atau lemah sangat, tetapi apa yang menarik tentang anak ini ialah, dia begitu menghormati orang tua, mendengar cakap dan sangat sopan. Bak kata usop wilcha, "well behaved" hhehe (english edukesyen gitu ) . Semua guru suka dan sayang pada budak ni. Apabila guru kelasnya menanyakan kepada ibunya bagaimanakah didikan di rumah ? Ibunya menjawab bahawa semasa dalam kandungan lagi dan sehingga sekarang, setiap hari pasti ibunya akan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada anaknya.. MasyaAllah. Hebat kan ?

Lalu, makcik tu pun berpesan pada saya, nanti lepas solat amalkan bacaan Al-Fatihah dan sedekahkan pada orang-orang yang kita kasihi. Berikan pada yang sudah tiada mahupun yang masih hidup. Ini supaya roh mereka sentiasa tenang dan mendapat keberkatan hidup dari Allah. Caranya :-

1. Pertama sekali hendaklah menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada langit dan bumi dan di ikuti bacaan surah.
2. Seterusnya bolehlah sedekahkan kepada sesiapa saja yang kita mahu dengan niat

"Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya (sebut nama dan bin/binti)"

cth : "Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya bapaku Abu Hassan bin Ali" dan teruskan dengan bacaan.

3. Dan jangan lupa sedekahkan untuk diri sendiri juga .. :)

Harapnya perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahualam.

Owh kawan saya tadi tu dah pun ada anak 2, gegirl hehe.. comel-comel dan bijak belaka.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

Monday, June 13, 2011

A token of Appreciation

Salam ceria pagi Isnin,
Minggu lepas, selepas ROP checkup Bree, kami singgah ke NICU. "Rumah" Bree hampir 3 bulan disana.

Sebagai tanda penghargaan kami kepada staf-staf NICU Selayang yang bertungkus lumus menjaga budak tecit tu siang malam, maka saya buatkan sedikit buah tangan untuk mereka. Homemade Chocolate bertulisan "TQ 2 STAFF NICU SLYG" dengan filling Almond. Huruf "T" untuk staff tu terlebih pewarna tu yang nampak merah sikit hheheh..

Harapnya dengan hadiah yang tak seberapa ini, dapat membuatkan segala penat lelah mereka di hargai. Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik mereka.


Moralnya : Orang berbudi kita berbahasa .. :)

Saturday, June 4, 2011

Baru saja bercerita tentang kematian, tiba-tiba..

Salam pagi Sabtu,
Sempat bangun solat Subuh tak tadi ? ke terlajak hehe.. Kalau tak sedar tak apa, bangun pukul berapa pun terus buat ye, jangan buat-buat tido bila dah dengar azan tu, no no no..

Baru je entry yang lepas saya cerita tentang apa yang kita akan buat bila kita tahu hari ini hari terakhir kitakan, tup tup, semalam saya mendapat perkhabaran sedih yang mana anak sahabat saya, bekas teman di office lama dulu, meninggal sebab demam. Ada virus pula dalam darahnya. Mengejut sangat sebab sakit tak lama. Mungkin dalam 2-3 hari saja. Aidan namanya, berumur lebih kurang 7 bulan.

Kawan saya ni, kitorang panggil Nolly je, orangnya ceria, putih dan kecil molek. Dulu-dulu saya suka dengar dia cakap kelate. Sajak benar dengan orangnya. Maklumla saya banyak juga kenalan dari Kelantan ni, dan suka dengar mereka dengan loghat kelate tu heheh..cumel.. Ok, fokus, fokus.. Saya pun tak kenal rapat dengan Nolly ni tapi kenal la sebab selalu terserempak kat surau dan lama-lama jadik mesra. Dia pun bertemu jodoh dengan rakan sepejabat juga. Sama cantik, sama padan.


Apa pun, mari lah kita ucapkan takziah dan doakan semoga Nolly dan suami serta kaum keluarga mereka, kuat semangat. Ini ujian Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih dan InsyaAllah nanti akan ada rezeki lagi. Buat arwah Aidan, si comel ini pasti menunggu mereka di pintu syurga dan jadi syafaat untuk kedua orang tuanya.

Bertabah ya Nolly n Izam..

Thursday, June 2, 2011

Jika Hari Ini Hari Terakhir ..

Salam Sejahtera kawan-kawan,
Semasa saya berjalan-jalan di blog penceramah terkenal Ustaz Zaharudin, saya ada terbaca satu post yang mempunyai video di dalamnya yang menunjukkan bagaimana, seorang hamba Allah yang meninggal selepas solat dan seorang pemain bolasepak yang tiba-tiba rebah dan meninggal juga. Saya pasti video pertama tadi banyak tersebar dan pernah di lihat oleh kawan-kawan.


Cuba bayangkan diri di timbus dalam tanah, keseorangan, kegelapan, tiada sesiapa di sekeliling. Lepas tu, ada cacing dan ulat2 tanah yang memakin daging kita.. Belum di tambah lagi dengan kedatangan malaikat mungkar, nakir yang akan datang bersoal jawab dengan kita. Mak aii.. takutnya..  Kalau lah hari ini hari terakhir saya, saya akan  :-
  • minta maaf pada ibu atas segala dosa yang telah saya buat sama ada sedar atau tidak. Malangnya abah dah tak ada ~ Ya Allah banyaknya dosa dgn mak, jap lagi nak telefon mak. .. huhuh
  • minta maaf pada suami kalau ada salah silap dan halalkan makan minum
  • bayar segala hutang piutang dengan manusia ~sepuluh sen pun kena bayar tau, kecuali dia halalkan
  • pulangkan barang-barang orang yang ada dengan saya atau terlupa dan tak sengaja tersimpan lama ~ eh ada ke cenggini  hehe
  • qada` puasa yang tinggal ~ satu hari je, mana sempat .. huhuh 
  • minta maaf pada semua orang kalau-kalau saya ada salah silap.. maklumlah saya pun manusia biasa yang banyak buat salah
  • perah susu banyak-banyak untuk bekalan anak ~ hadiah terakhir dan teristimewa untuk Bree
  • zikir dan baca Al-Quran, serta mohon keampunan padaNya, moga roh saya di tempatkan di kalangan orang beriman.
Persoalannya adakah kita dah bersedia untuk mati ? Kita tak tahu bila kita akan mati kan..  dah ready ? Oleh itu apa yang kita nak buat, baik kita buat sekarang, tak payah tunggu sakit baru nak buat itu ini. Saya juga tertarik dengan status sahabat saya di FB tidak lama dulu, Nik Ha, katanya lebih kurang begini :-

"Ya Allah, biarlah aku selesaikan hutangku denganMu dan hutang sesama manusia sebelum Engkau memanggilku"

Oleh itu setiap hari, kita buat yang terbaik, perbaiki sedikit demi sedikit.  Manalah tahu kalau tak sempat. Entah-entah sekejap lagi nak pegi mandi tergelincir bilik air, terus meninggal..  macam mana? Atau sambil-sambil breakfast tu tiba-tiba tercekik mee goreng, terus...  possible kan ?
Jom sama-sama kita muhasabah diri, get ready untuk mati ..

Kalau lah hari ini hari terakhir anda ? Apa yang anda akan buat eh, kongsi dengan saya ..

Saturday, April 9, 2011

Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

Dalam kita menjalankan tugas seharian baik di rumah, di tempat kerja mahupun di mana-mana, kita sebenarnya tidak keseorangan. Ramai orang-orang di sekeliling kita yang secara kita sedar atau tidak telah banyak membantu kita melicinkan tugas-tugas atau menjadikan kehidupan kita lebih baik tanpa kita duga. Kadang-kadang kita terlepas pandang atau pun  buat-buat tak tahu.

Ucapan terima kasih bukan hanya di tujukan kepada teman-teman di tempat kerja saja, bos-bos atau pun orang-orang yang kita kenal malah lebih daripada itu. Ada tak kita ucap terima kasih pada :-
  • tukang sapu di pejabat kita kerana membuang sampah-sarap yang penuh dalam bakul sampah serta memastikan keadaan persekitaran kita bersih 
  • tukang cuci  yang tanpa jemu mengelap lantai atau meja untuk menjadikan kita lebih selesa di tandas mahupun di tempat awam
  • abang-abang posmen yang sentiasa amanah memastikan surat-surat penting kita sampai ke tangan kita tanpa mengira hujan atau panas (mereka ni naik motor aje tau). Ini termasuklah abang-abang penghantar bungkusan/surat dengan kurier
  • pemandu-pemandu bas atau kenderaan awam yang lain yang menghantar kita ke tempat kerja atau kemana-mana destinasi yang kita mahu pergi walaupun dah beratus kali mereka pergi ke tempat yang sama
  • abang-abang Alam Flora yang sentiasa tabah mengangkut sampah -sampah yang busuk dari  rumah kita tanpa merungut.
  • dan ramai lagi yang saya tak sempat nak sebut disini.
Ucaplah "terima kasih" pada mereka dengan senyuman kerana tanpa mereka hidup kita pun tidak sempurna. Janganlah memandang rendah kerana walaupun kita ini bos, tapi apalah gunanya bos tanpa pekerja-pekerja bawahan. Hargailah mereka ini kerana mereka memang layak untuk di hargai.

Akhir sekali jangan lupa ucap terima kasih pada Allah yang memberikan kita kasih sayang dan nikmat tanpa sempadan. Alhamdulillah

Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

Friday, March 25, 2011

OKU pun boleh buat....kita ?

Assalamualaikum wbt dan salam keceriaan di pagi Jumaat yang penuh barokah ini..
   Hari ini aku nak cerita tentang satu insiden dapat memberi kita lebih motivasi untuk berusaha dalam hidup. Tidak mudah mennyerah kalah.
   Seperti biasa rutin aku, 2 hari yang lepas aku pergi melawat anak kecil ku di hospital. Disebabkan kali ini aku membawa anak-anak yang lain, maka aku minta suami yang pergi masuk ke NICU sedangkan aku menjaga mereka di perkarangan hospital. Orang lain kan tidak dibenarkan masuk ke sana kecuali ibu bapa sahaja. So bagi change la papanya pergi tengok.
   Di perkarangan hospital tu juga ada booth-booth kecil yang menjual pelbagai barang dan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti insurans, amanah saham dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak booth tu, aku tertarik dengan satu booth kecil yang menjual alat aromaterapi pelbagai haruman dan penjualnya seorang OKU. Sempat aku baca satu nota yang dilekatkan di boothnya.

"Saya Razak seorang OKU (bisu dan pekak) menjual aromaterapi pelbagai guna
1 botol = RM12
2 botol = (Ada diskaun)
No Telefon , 017-6103494 (SMS )"

   Dia pun menghulurkan pamplet dan menunjukkan bahasa isyarat ke arah barang jualanya. Tersentuh hati aku.. nak aje beli satu dua tapi beg duit tertinggal dalam kereta. Kagumnya aku dengan kesungguhan insan yang bernama Razak ini. Walaupun dia OKU tapi tidak bergantung harap pada orang tapi berusaha sendiri untuk mencari rezeki. 
   Tetapi malangnya orang-orang yang di kurniakan pacaindera yang lengkap pun masih ramai yang meminta-minta. Duduk di tepi-tepi jalan atau dipasar-pasar malam meminta sedekah. Bila tengok keadaan fizikal, cukup lengkap, muda pulak tu. Ape sebabnya nak minta sedekah. Banyak pekerjaan yang mampu dilakukan. Tambahan pula tinggal di kota yang serba maju ini. Bermacam benda boleh buat. Ish penat pulak fikir...
   Berbalik pada cerita Razak tadi,  ni aku sertakan pampletnya serta no telefon. Kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi beliau. Tapi sms saja ya. Ada 5 jenis haruman yang boleh di sesuaikan di kamar tidur,  bilik tidur mahupun pejabat (Ocean, Berries, Apple, Red Rose and Jasmine) . Cara nak guna pun senang saja.

1. Rendamkan lidi-lidi kecil kedalam botol yang mengandungi minyak aromaterapi hingga dia menyerap
2. Bila sudah menyerap, terbalikkan lidi-lidi tersebut supaya yang menyerap tadi dihalakan keudara dan yang kering kedalam botol semula.
3. Itu saja. dan anda boleh nikmati haruman yang segar disekitar anda. 
4. Ulang langkah 1-2 ini untuk mengekalkan haruman.

Jom sama-sama kita bantu dia.. Semoga cerita ini memberi kita motivasi untuk lebih maju. Sedangkang OKU macam beliau pun boleh buat, kita yang sihat sempurna ini sepatutnya lebih lagi.. Jangan lupa sampaikan berita ini pada kawan-kawan ya. Selamat beramal...



Monday, February 28, 2011

Korang sudah bayar saman ?

Salam keceriaan di pagi Isnin ini.

     Ha korang sudah ke menjelaskan saman-saman yang tertunggak ? Seperti yang kita sedia maklum, tarikh akhir untuk menjelaskan saman adalah hari ini 28 February 2011. Berapa saman yang korang ada ? berapa banyak ? berapa kurun tak bayar ? 
     2 hari lepas, hari Jumaat aku ada tengok Buletin TV3 cerita pasal saman ni. Ada seorang pakcik ni yang memberi komen "tarikh pembayaran perlu dilanjutkan ". Pada aku bukan tarikh tu yang perlu di panjangkan tetapi mentaliti kita yang kena ubah. Kalau pun di lanjutkan 10 tahun lagi tapi jika mentaliti kita tetap sama, keadaan tidak akan berubah. Dah menjadi tabiat rakyat Malaysia kan ( walaupun bukan semua ), suka buat kerja last minit. Mana tak nya 2-3 hari sebelum tarikh akhir ni lah nak berebut-rebut buat bayaran. Bersesak-sesak manusia kat balai polis trafik. Lepas tu komplen kena tunggu berjam-jam untuk settle kan saman. Komplen lagi petugas-petugas buat kerja lembap dan tak cekap. Sistem jadi slow untuk proses bayaran apabila sudah terlalu ramai sangat membuat capaian ke server. Dan bila sistem online down pulak, komplen lagi.
    Semua benda nak salahkan orang lain. Habis tu, diri sendiri tak salah ? Sapa suruh tak jelaskan awal-awal. Ini lah orang kata, bila dah nak uk uk baru nak korek lubang. Kalau tak sempat maka berteraburlah merata-rata. Padahal kerajaan dari tahun lepas dah mewar warkan tentang benda ni. Kiosk untuk menjelaskan saman pun di buka merata-rata seperti pejabat pos. Kalau pun sibuk sangat (alasan je semua ni ) boleh je bayar secara online. Boleh aje gunakan perkhidmatan seperti MyeG. Tak perlu susah-susah nak  beratur panjang (kalau pegi tengok movie boleh pulak nak beratur yek). Masa pun jimat.
    So korang macam mana ? sudahkan anda menjelaskan saman anda ? korang terlibat tak dengan adegan tolak menolak or bersesak sesak ni ? Mari kongsi pengalaman dengan aku.

p/s : aku dengan bangganya nak menyatakan yang aku telah menjelaskan saman. heheh tengok rekod di bawah dalam red bold line.

Friday, February 25, 2011

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"

Subhanallah. God the Most Gracious !

When I look back, every single thing that happen to me (and us) has been well arranged by Him. No matter how detail we plan, but only He knows what works best for us. As for me, here all the "coincidence" that I can relate to my miracle journey.
  • When there was a rumors about my company moving to Cyberjaya, I don't feel good all. If I were to work there, my expenses on fuel and toll will be increased twice as much. Plus I don't think I can't cope with time spending on the road ( go, fro and office ) with total of 16 hours minimum  perday ! Excluding taking kids from babysitter and dinner. Yes, I worked in 12 hours day shift and I need to get my ass there at 8 am and finish my work around 8pm. You can do the math. It simply not worth it. So I had a thought to quit. ( I believe Allah has given me way )
  • Few days after we moved, I got to know that I'm again pregnant. Wow ! This another big factor. Base on my experience on last 2 pregnancies, I'll be having very bad morning sickness. And this time, it turns out to be worse until I need to have a drip. Plus I had a hard time traveling up and down with my conditions.
  • I always dream of working from home. I want to mold my children in my own way and see them grow up and be there with them. This is once in a lifetime event. I can't afford to miss it. And I think this is the right time. So I quit my job without further hesitation officially on October 2010.
  • One week before I got delivered, my other half need to be admitted to hospital due to health problem. So one week I was all alone with no one only my kids at home. But, with Allah's gracious, 1 day before my miracle baby was born, my mom came down to KL to attend engagement ceremony of my nephew. And that nite she stayed in my house. When I was rushed the hospital she was there to take care of my kids. Just imagine if the ceremony took place on other date, my mother for sure won't be here that nite. Subhanallah !
  • Although my hubby was not around, lucky my brother stays near by (another "coincidence" ). So I called him up and ask him to bring me to hospital when I was terribly in pain. 
  • The day that I gave birth, the same day my hubby underwent operation so he couldn't be here to look into the delivery matter. But my sister's annual leave application has been approved  to one week. So, at least there are people who help me out with all the things.. Big thanks to my sis and my mom !
  • As I mentioned before, my tiny girl was born normally without ceasarian. So I was up on speedy recovery. I can easily move and do simple house work. I know I can not be too weak just because I just gave birth. I need to be strong. I have kids that needs attention, husband to take care of ( he is also not well, remember) and house to look into. And with God's Gracious,  I feel fresh and energetic although just discharged from hospital. Subhanallah ! Only He is able to give me this strength. Alhamdulillah...
  • As a premature baby, she is susceptible to infection and virus as the internal organ is yet matured and need major attention. By quitting the job earlier, I will have all the time with her after this without worry to fill up annual leave form :) No wonder I had a thought to quit when my company move, Allah has a better plan for me. 
Don't you think it's a great well planned all together ? Subhanallah ..

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?" -Surah 55 - Al Rahman THE MOST GRACIOUS



p/s : mind you, my English may be not so good and tunggang langgang. so if you find it is not comprehensible, kindly ignore this entry .. ngeee..






Sunday, January 30, 2011

Visit to Pay Less Warehouse Sale

Today I would like to share about this bookstore warehouse sale (ayat skema la pulak :p) . Actually, aku pun baru jugak berkenalan dgn Pay Less ni hehe.. Bookstore ni sesuai dgn nama dia yg menunjukkan buku-buku yang dijual mmg lebih murah dari kat kedai biasa. Semua buku di sini adalah used books but still in very good conditions. So pada ibu-bapa yang tak mampu nak beli buku mahal, boleh datang kat kedai ni. So far all are English books. Buku BM tak jumpa lagi.

Ok kita sambung cite.  Alkisahnya, jumaat lepas aku pun pegi la ke warehouse sale Pay Less ni yg bertempat di Milennium Square, PJ. Disebabkan aku tak berapa terer sgt kawasan ni, maka berbelit-belitlah aku carik jalan walaupun dah siap ada peta (tapi aku tak print dari website tu hehe pandai tak :D ). Akhirnya dgn bantuan cik somi tercinta sampaila jugak kat tempat yang di tuju. Aku ingt tempatnya beso la mcm ala2 grand ballroom kat hotel mahal-mahal tu tapi dia bukak kat kawasan kecik je ..berpinau jugak la mencarinya. Aku sampai pun dah dekat kul 12tgh hari..

Ape yang membuatkan aku nak tulis pasal warehouse bukan la sgt pasal buku-buku dia tu, tapi pasal diri dan mentaliti orang kita. Mostly yang aku nampak adalah sahabat-sahabat kita dari kaum bukan Melayu. Siap heret anak duduk kat bahagian kid's section sambil gali-gali buku yang ada. Ada gak yang dok baca. Pastu nampak pulak mat saleh bawak anak dia. Melayu ? aku tak nampak.. pelik gak... orang kita ni tak suka membaca ke ? atau tak tahu adanya sale tu ? atau aku yang datang bukan pada masa mereka datang.. tak tau la kan.. hampir 4 jam aku dok situ sambil belek2 buku.. dah petang sket baru nampak sorang dua mommies yang bertudung tengok2 buku.. tu pun tak lama.. mungkin tak ada yang berkenan kot. . Anyway, it shows something.. orang kita ni may be kurang sket awareness nak bawak pada tempat2 ilmiah mcm ni. May be dorang lebih suka bawak anak pegi countdown mlm merdeka, tahun baru atau jalan2 kat uptown sampai awal2 pagi... tapi aku yakin bukan semua mcm tu.. segelintir saja. Cuma kalau boleh kita tingkatkan lagi minat sukakan buku pada anak2 kita. Bukan utk siapakan, utk mereka juga  :)

Berbalik pada cite sale ni, buku2 kat sini mmg murah sgt2.. kat bahagian kids, range buku dari RM3-RM15. Bahagian fiction and non-fiction pun lebih kurang sama. As for me, I managed to grab 8 books for the total price of RM44 ! Isn't it a good deal :D .. penat jugakla bangun duduk belek2 buku hahaha.. Antara buku-buku tu adalah :-



1. Little Elmo's Toy Box - RM5
2. Pinocchio- RM3
3. Maisy Cleans Up- RM8
4. Hello- RM5
5. The Toddler's Busy Book- RM5
6. How to raise a great Kid- RM3
7. Rabbits and Raindrops- RM5
8. Men Are From Mars, Women Are From Venus - RM10

So sapa2 yang berminat nak pegi cepat2 sebelum terlambat. Dorang buat 3 hari je dari 28-30 Jan 2011. Map and other details korang leh click kat link Pay Less atas ye.. Selamat Membeli Buku :)