///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////// Pensil Magik

Announcement

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Kita jumpa di sana ya. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Followers

Sunday, April 8, 2012

Pengumuman :- Pindah ke blog homeschool baru, Sayang diSayang.

Announcement!
Bermula dari April 2012, blog ini akan memuatkan catatan dan artikel yang berkaitan dengan pandangan peribadi penulis terhadap isu semasa dan keagamaan. Manakala semua post sebelum ini yang berkaitan dengan Bree, Homeschool, pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan sudah di pindahkan kerumah baru Sayang diSayang. Saya akan terus menulis di sana dengan lebih banyak info dan update terbaru. Kita jumpa di sana ya, jangan lupa. Terima Kasih kerana masih mengikuti blog kami.

Monday, March 19, 2012

Sakit Itu Rahmat

As Salam semua,

Apa kabar ? harapnya sihat sejahtera sekeluarga.

Sejak 2 minggu yang lepas, kami anak-beranak asyik sakit-sakit je. Mula-mula Bree kena cirit birit, muntah-muntah sampai masuk Hospital Sg.Buloh. Mamanya kena la temankan 3 hari 2 malam "bercuti" di hospital. Penatnya bukan main. Maklumlah, kejap-kejap kena jaga, nurse nak amik darah, pressure la dan segala macam benda lagi. Tido pun dlm sejam dua aje adehh.... Bree pulak jap-jap kena tukar diaper, ye la dah cirit kan.. hari ke-3 mamanya dah sangap habis, mintak juga discharge walaupun Bree kurang sihat lagi. Paling kurang ada suami yang boleh membantu. Sampai je rumah.. terus tido .. sampai 9 pagi esoknya! 12 jam marathn tido tanpan henti.  Memang blackout sungguh2... ya Allah kena la qada Subuh.

Sekarang Bree dah sihat, papanya pulak masuk wad sebab diarrhea yang teruk. Hari ini kena buat scope (untuk check dalam perut). Owh 3 hari lepas, anak ke 2 demam pulak. Panas sangat. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.

Tak apa, yang penting mama dia sihat boleh jaga semuanya. Mom is always strong kan. Walau apa pun saya percaya sakit itu rahmat, kerana dengan sakit, kita lebih ingat akan Dia, dengan sakit terhapus sedikit dosa dan dengan sakit kita lebih menghargai waktu kita sihat. Make the most out of each day because tomorrow is not a promise.

Salam Sayang .

Thursday, February 23, 2012

Setahun sudah berlalu ..

Assalamualaikum Semua..
Apa kabar semua..Dah lebih 3 bulan saya tak update blog. Banyak yang nak di kongsi tapi untuk entry kali ini nak share sesuatu yang amat bermakna buat kami.

Masih ingat tak tarikh 14 Februari 2011 ? tarikh inilah tarikh keramat saya melahirkan bayi miracle saya yang saya tak duga sama sekali . Bayi yang hanya berusia 25 minggu dengan berat tak sampai 1kg di lahirkan di pagi yang hening di Hospital Selayang

Namun, berkat doa semua serta usaha yang tidak mengenal penat lelah oleh para doktor dan jururawat , bayi ini akhirnya dibenarkan keluar dengan berat 1.77kg. Dan ini lah dia Raisya Sabreena setelah setahun berlalu.

Beratnya kini sudah mencapai 7.3 kg ! berkat susu Alhamdulillah . Bree sudah pandai berdiri sendiri walaupun selalu benjol benjol akibat jatuh kerana belum lagi stabil kakinya (maknya tak sempat nak tengok sebab sibuk bertenet ) .. merangkak memang dah laju ke depan pantang tengok apa-apa pintu terbuka. Dia akan ketawa terkekek bila abang dan kakaknya mengagah tapi bila mama dan papa dia buat .. dia buat muka donno je heheh. Dah kenal orang.. Bree akan melalak sekuat hati bila orang yang tak dikenali cuba mendukungnya, persis orang yang mencuba bakat Malaysia Idol tapi akhirnya tak dapat masuk :D sebab pitching lari . Tak suka nasi bubur, tapi prefer makan apa yang kitorang makan, jadi terpaksa kunyah2 sebelum beri padanya. Suka nak join bila abang dan kakaknya main macam dah besar sgt. Suka terbalikkan building block yang abang dia buat, sampai abangnya pulak yang melalak ke"tension"nan lepas tu. Suka muncungkan mulut dan buat "puh" "puh" sebelum buat muka geram sambil tunjuk gusi kosong macam nenek tua.. dan macam-macam lagi keletahnya yang mencuit hati.

Sangat-sangat bersyukur kerana Bree dapat bertahan dengan kekuatan semangat yang ada padanya dengan izin Allah jua. Engkaulah yang Maha Besar .. Alhamdulillah Semoga jadi anak yang solehah. Selamat Hari Lahir yang pertama.

p/s:Kami tidak mengadakan sebarang sambutan seperti yang kebiasaannya tapi bawa Bree dan sekeluarga bercuti ke Langkawi menikmati keunikan dan kehebatan ciptaan Allah.


Bree dengan abang dan kakaknya


main pasir


Bree 1 year old sweet girl ~

Friday, November 11, 2011

Amalan Hari Jumaat dan Ganjarannya

 Amalan hari Jumaat

Hari Jumaat adalah istimewa sehingga ia dinobatkan sebagai penghulu segala hari dalam seminggu. Justeru,kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w.


1.. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa,mandi ialah suatu rutin hidup.Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
3. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)


4. Membaca surah al-Kahfi.
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)


5. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” (Riwayat Muslim).

7. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

 Moga dapat manfaat ~

Monday, October 24, 2011

Home made flash card 2

Okeh, seperti yang di janjikan di bawah ini di sertakan langkah-langkah berserta gambar macam mana cara mudah untuk buat kad imbas yang tahan lasak walaupun puas di gigit-gigit oleh hero dan heroin kita hehe ..


 1. Sediakan barang-barang keperluan seperti, pisau pemotong, pembaris, ring, paper punch, plastik laminate dan bahan untuk paparan.


 2. Buat 2*3 atau 2*4 column dan row di Microsoft Word dan isikan dengan meterial yang ingin paparkan. Macam saya buat huruf-huruf jawi. Dan boleh printkan. 


3. Lepas print, potong sikit bahagian tepi tepi kotak huruf tersebut supaya dapat di letakkan dalam kertas laminate seperti diatas.


 4. Lepas tu ni part yang best . Kita seterika paper laminate tadi. Caranya. biarkan kepanasan pada "cotton". Alaskan dengan kain atas paper dan kemudian ironkan dia perlahan-lahan. Dan hasilnya nampak seperti laminate di kedai heheh ..


5. Bila dah selesai, potong huruf-huruf tadi dan punch kan kat atas. Dan bindkan dengan ring tadi. Dah siap!

Selamat mencuba...

Solat Sunat Hadiah

Salam dan selamat di pagi hari yang berkat.
Hari ni nak kongsi tentang solat sunat hadiah. Solat ini di lakukan dengan harapan dan niat supaya pahala  solat ini akan sampai kepada si mati. Di bawah ini adalah tatacaranya :-


Solat Sunat Hadiah

Dilakukan sebanyak dua rakaat setelah jenazah dikuburkan pada siangnya, maka pada malamnya sesudah solat Maghrib atau Isyak dilakukan solat sunat hadiah bagi si mati

Niatnya:
"Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala"


Surah-surah:
Rakaat pertama:
Al-fatihah (1x) dan Ayat Kursi (1x) AL-ha kumuttasur (1x) Surah Al-Ikhlas (10x)

Rakaat kedua:
Al-fatihah (1x) Ayat Kursi (1x) Al-ha kumttakasur (1x) dan Surah Al-Ikhlas (10x)

Doa selepas solat sunat hadiah:
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendirikan solat sunat ini dan Engkau mengetahui apa yang aku inginkan. Ya Allah, hantarkanlah pahalanya kepada kubur si fulan bin / binti si fulan (nama si mati) dengan kelebihan dan kemuliaanMu, wahai yang paling Pengasih"

Sumber : HIMPUNAN 100 SOLAT-SOLAT SUNAT, QIAMULAIL, DOA-DOA, MUNAJAT DAN ISTIGHFAR...
Penulis : AL-FADHIL AL USTAZ HAJI AHMAD BIN HAJI IBRAHIM.
Terbitan : Al-Hidayah


Moga-moga ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin

p/s: Jangan lupa hadiahkan pada orang yang tersayang walaupun setelah mereka 'pergi'

Monday, October 10, 2011

Home made flash card

Salam semua,
Kabare ? Waras ?  hehe sesekali cakap jawa pulak (2, 3 butir je yg paham pun :D , kalo org jawa betul tanya balik mau melpong di bueknyo.. )

Sekarang ni, tengah struggle nak siapkan kad imbas jawi untuk anak. Selalu jumpa Alphabet Roman je kan. Jawi macam tak jumpa pulak. Mungkin ada cuma belum berjumpa. Ada ternampak hari tu tapi tak boleh nak buka tengok,  jadinya tak puas hati lah.. so dapat idea buat sendiri. Ilham sekarang dah pandai Aa, Ba, Ta sampai Ya. Kiranya kad imbas ni untuk adik-adiknya lah pulak. Caranya senang je. Tapi tak dapat nak upload gambar lagi sebab belum betul-betul siap. Tinggal proses terakhir je lagi iaitu untuk laminate paper bagi dia tahan lama. Nanti dah siap saya cuba uploadkan sekali dengan printable jawi tu ye, so senang korang nak download. Tu aje lah buat masa ni, nanti saya kongsi cerita tentang kad imbas lagi ye..

Jaga Diri..